Peguam Lee Kuan Yew diarah bayar S$13,000 atas salah laku semasa kendali wasiat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TODAY/Raj Nadarajan
SINGAPURA: Bekas peguam mendiang Encik Lee Kuan Yew pada Jumaat (5 Mei) diarah membayar S$13,000 berkaitan dengan salah laku dalam mengendalikan wasiat Perdana Menteri Pengasas itu.
Tribunal disiplin mengarahkan Cik Kwa Kim Li untuk membayar S$5,000 kerana gagal untuk "memelihara dengan teliti" kerahsiaan mendiang Encik Lee semasa mengendalikan wasiatnya. Dia juga didenda S$8,000 kerana memberi maklumat mengelirukan kepada Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang dalam kiriman emel yang dihantar sebagai respons kepada pertanyaan mereka.
Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee adalah adik-beradik kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Cik Kwa, seorang rakan kongsi pengurusan di syarikat guaman Lee & Lee, menyiapkan enam wasiat bagi Encik Lee Kuan Yew antara 20 Ogos 2011 dengan 2 Nov 2012.
Dia tidak terlibat dalam menyediakan wasiat ketujuh dan terakhir, yang dikuatkuasakan pada 17 Dis 2013, dengan penglibatan Encik Lee Hsien Yang dan isterinya, Lee Suet Fern, seorang peguam.
Wasiat yang terakhir memperuntukkan semula bahagian sama rata harta pusaka itu antara tiga anak mendiang Lee Kuan Yew, dan memperkenalkan semula klausa yang meminta rumahnya di 38 Oxley Road dirobohkan.
Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee, adalah pelaksana estet bapa mereka, kemudian mengemukakan empat aduan terhadap Cik Kwa. Dua daripadanya dirujukkan ke tribunal.
Dua aduan tersebut berhubung Cik Kwa melanggar hak istimewa dan tugas kerahsiaannya apabila menghantar emel dengan rekod perhubungannya bersama Encik Lee Kuan Yew kepada ketiga-tiga anaknya, meskipun PM Lee bukan pelaksana estet tersebut; dan Cik Kwa memberi maklumat palsu dan mengelirukan kepada pelaksana dalam emelnya.
Persatuan Guaman (LawSoc) mengendalikan aduan itu yang melibatkan pelanggaran kerahsiaan, manakala Encik Lee Hsien Yang mengendalikan aduan yang melibatkan maklumat mengelirukan.
Kedua-dua aduan tersebut berkaitan dengan dua emel, yang bertarikh 4 Jun 2015 dan 22 Jun 2015, yang dihantar Cik Kwa sebagai respons kepada pertanyaan PM Lee dan Dr Lee.
Encik Lee Hsien Yang dan isterinya Cik Lee, meninggalkan Singapura setelah enggan menghadiri soal siasat polis pada Julai 2022 berkaitan dengan dakwaan berbohong dalam prosiding kehakiman mengenai wasiat mendiang Lee Kuan Yew.
ADUAN DI BAWAH PERSATUAN GUAMAN
Tuduhan di buat Persatuan Guaman mendakwa Cik Kwa telah mendedahkan maklumat sulit kepada PM Lee - yang tidak berhak mendapat butirannya - dengan menghantar kedua-dua emel itu.
Cik Kwa mengaku dalam kenyataan fakta yang dipersetujui bahawa dia tidak mendapat kebenaran atau kuasa daripada Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee sebelum menghantar e-mel pada 4 Jun 2015 kepada ketiga-tiga beradik.
ADUAN DI BAWAH LEE HSIEN YANG
Encik Lee Hsien Yang, yang diwakili peguam kanan Abraham Vergis, mendakwa Cik Kwa mengelirukannya dan Dr Lee dalam emel yang bertarikh 4 Jun dan 22 Jun 2015 - dengan gagal mendedahkan komunikasinya dengan mendiang Encik Lee antara November 2013 dan 13 Disember 2013 dan/atau memberi gambaran palsu bahawa mendiang Encik Lee tidak pernah mengarahkannya untuk menukar wasiat bertarikh 2 Nov 2012.
Tribunal tersebut menilai kemudaratan daripada salah laku tersebut adalah rendah dan menetapkan denda S$8,000 adalah sesuai. Ia juga mengarah Cik Kwa membayar Encik Lee Hsien Yang S$12,000 dan S$9,182.29.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.