Peguam digugurkan dari senarai guaman mengaku gelapkan lebih S$527,000 wang pelanggan
Anggaran Waktu Membaca:
Soraya Hafsa Binte Ibrahim dilihat di Mahkamah Negara pada 22 Apr 2024. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)
SINGAPURA: Seorang peguam yang digugurkan daripada senarai peguam, menubuhkan sebuah firma perundingannya sendiri, di mana dia menggelapkan wang pelanggannya.
Soraya Hafsa Ibrahim, 58 tahun, menggelapkan wang pelanggannya, yang mengalami pemfungsian kecerdasan pinggiran (borderline intellectual functioning), dengan meminta pelanggan tersebut menandatangani cek bagi sejumlah wang yang digunakan untuk melunaskan hutangnya.
Soraya mengaku bersalah pada Isnin (22 Apr) atas dua daripada tiga tuduhan pecah amanah jenayah sebagai peguam, dan satu tuduhan menyediakan dokumen guaman dan menerima bayaran sekalipun tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
Baki tuduhan pecah amanah jenayah sebagai peguam akan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman, yang telah ditangguhkan.
Secara keseluruhannya, tuduhan-tuduhan itu melibatkan kira-kira S$527,000.
Mahkamah diberitahu bahawa Soraya diterima menjadi peguam pada 1994 tetapi digugurkan daripada senarai peguam pada 20 Jan 2020 bagi kes yang berasingan dengan tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya sekarang.
Pada ketika itu, Soraya merupakan satu-satunya peguam dan pemilik firma guaman Soraya H Ibrahim & Co.
Dia membatalkan pendaftaran firma guaman itu sebulan selepas dia digugurkan daripada senarai peguam, tetapi menubuhkan SHI Consultancy pada 21 Okt 2020.
Semasa mengendalikan firma perundingan itu, Soraya mendapat pelanggan, yang meminta bantuan bagi menguruskan harta pusaka mendiang ibunya. Ini termasuk sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), skim polisi insurans dan akaun-akaun bank.
Pelanggan tersebut, yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun, mengalami pemfungsian kecerdasan pinggiran. Beliau bagaimanapun dinilai oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) sebagai berupaya menjadi pentadbir harta pusaka mendiang ibunya.
Penjaga pelanggan tersebut memperkenalkannya kepada Soraya selepas beliau tidak berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan oleh sebuah firma guaman sebelum ini bagi urusan yang sama. Soraya mengetahui tentang keupayaan mental pelanggannya itu.
Pelanggan tersebut kemudian mendapatkan khidmat Soraya untuk membantu urusan guaman berkaitan dengan harta pusaka mendiang ibunya dari April hingga Mei 2019.
Soraya mengatur agar akaun bank harta pusaka dibuka untuk tujuan ini. Dana daripada aset harta pusaka itu telah dimasukkan ke dalam akaun tersebut, dengan pelanggannya itu dilantik sebagai penandatangan tunggal.
Selepas membuka akaun itu, Soraya mula terfikir untuk menggunakan dana daripada akaun tersebut untuk meringankan kesempitan kewangannya.
Dia meminta pelanggan tersebut menandatangani cek dan menggunakannya untuk mengeluarkan wang, mendepositkan lebih S$527,000 yang diperolehinya secara haram ke dalam akaun banknya sendiri.
Lelaki tersebut membuat aduan polis pada Ogos 2019.
Beliau kemudian menyaman Soraya, yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar S$456,473.21 kepada lelaki tersebut. Soraya membayar jumlah itu selepas penghakiman akhir dikeluarkan dan sejak itu, telah mengembalikan kesemua wang yang diambilnya.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 36 tahun, juga mendapatkan khidmat Soraya pada September 2021 untuk membantu menjadikan ibunya sebagai pemilik sah flat mendiang bapanya.
Soraya, yang sudahpun digugurkan daripada senarai peguam, mengambil bayaran S$10,000 daripada lelaki itu. Soraya memaklumkan dia bukan seorang peguam yang sedang berkhidmat dan hanya mengendalikan firma perundingan.
Namun, Soraya tidak memberitahunya bahawa dia telah digugurkan daripada senarai peguam dan tidak dibenarkan untuk mengendalikan urusan tersebut.
Soraya juga menyediakan dokumen untuk memohon pemberian surat pentadbiran untuk pelanggannya itu. Ia ditandatangani oleh pelanggan itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
Lelaki itu membuat aduan polis pada 28 Okt 2022 selepas menyedari Soraya pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan menggelapkan wang.
Bagi kesalahan menyediakan dokumen guaman tanpa kebenaran, pesalah boleh didenda sehingga S$10,000, atau jika tidak mampu membayarnya, boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan bagi kesalahan pertama.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.