Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peguam digantung kenakan bayaran berlebihan sebanyak S$1 juta, tidak patuh arahan mahkamah

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam digantung kenakan bayaran berlebihan sebanyak S$1 juta, tidak patuh arahan mahkamah

Peguam-peguam muda yang tiba di mahkamah. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

SINGAPURA: Seorang peguam yang mengenakan bayaran berlebihan, sekitar S$1 juta, kepada anak guamnya serta tidak mematuhi arahan mahkamah digantung selama tiga tahun dan sembilan bulan.

Hukuman terhadap Encik Syn Kok Kay itu diberikan oleh Mahkamah Tiga Hakim pada Selasa (10 Jan).

Encik Syn merupakan seorang peguam yang sudah bekerja selama 29 tahun dan merupakan pemilik firma Patrick Chin Syn & Co.

Sekitar tahun 2015, sebuah syarikat yang dipanggil JWR mendapatkan khidmat Encik Syn untuk membuat tuntutan saman terhadap peguam Edmond Pereira dan firma undang-undangnya atas kecuaian profesional berkaitan satu kes tuntutan mahkamah sebelum itu, di mana Encik Pereira mewakili JWR.

JWR menuntut S$8.9 bilion dalam tuntutan mahkamah tersebut terhadap Encik Pereira.

Encik Syn mengambil kes itu dan mengenakan bayaran berjumlah S$1.34 juta buat yuran perkhidmatan yang diberikan kepada JWR dari Disember 2105 hingga Mei 2019.

JWR membayar yuran itu secara penuh, tetapi meminta bayaran cukai dari jumlah yuran selepas Mahkamah Tinggi menggugurkan tuntutan terhadap Encik Pereira pada Mei 2019.

Encik Syn diperintah untuk menyerahkan kos perkhidmatan sebelum 7 November 2019, namun hanya melakukan sedemikian setahun selapas itu. Yuran profesionalnya dikenakan cukai berjumlah S$288,000.

Dia tidak memulangkan baki S$1.05 juta kepada JWR, dan diisyitiharkan muflis selepas JWR mengemukakan permohonan muflis terhadapnya.

Encik Syn masih diisytiharkan muflis ketika prosiding dijalankan terhadapnya.

KELAKUAN TIDAK BERETIKA

Persatuan Guaman Singapura mengemukakan tuduhan terhadap Encik Syn kerana mengenakan bayaran berlebihan dan kegagalannya untuk mematuhi tempoh yang diberikan mahkamah untuk menyerahkan bayaran.

Mahkamah Tiga Hakim, terdiri daripada Hakim Besar Sundaresh Menon dan Hakim Tay Yong Kwang serta Steven Chong, mendapati bahawa Encik Syn tidak boleh mendakwa bayaran berlebihan itu dianggap sebagai perkara yang betul.

Dalam menilai betapa berat kesalahan mengenakan bayaran berlebihan itu, mahkamah mengambil kira faktor seperti sejauh mana bayaran berlebihan itu dikenakan, niat peguam semasa tempoh mengenakan bayaran berlebihan dan kelakuan peguam selepas mengenakan bayaran berlebihan.

Mengenai sejauh mana serius kelakuan Encik Syn itu, Hakim Chong berkata, "Ia jelas bagi kami bahawa kelakuannya mengenakan bayaran berlebihan adalah sangat teruk. Bayaran berjumlah S$1,340,000 bagi khidmat yang dikenakan cukai berjumlah S$288,000 bermakna responden mengenakan bayaran sebanyak 4.65 kali ganda daripada apa yang patut dikenakan, yang membawa bayaran berlebihan berjumlah S$1,052,000.

PILIH ELAK DARIPADA RASA KESAL

Apabila JWR bertemu Encik Syn, Encik Syn memberitahu syarikat itu bahawa yuran perkhidmatan agak mahal. . Kos itu dianggarkan berjumlah lebih sejuta dolar dan jumlah tersebut tidak dipertikaikan sejak dari awal, kata peguam bela Giam.

Semasa mengemukakan rayuan, Encik Syn betul-betul percaya bahawa yuran yang dikenakan adalah berpatutan.

Ia berdasarkan persetujuan JWR untuk membayar invois; kerumitan dan kemungkinan ia menimbulkan perbalahan, serta hakikat ia mengambil masa tiga setengah tahun.

Encik Syn membuat kesimpulan bahawa dia mengambil masa selama 2,233 jam dalam kes tuntutan itu dengan mengenakan bayaran S$600 setiap jam, membawa jumlah keseluruhanya kepada S$1.34 juta.


Selepas mengenakan bayaran berlebihan, dia menangguhkan penyerahan bil kos cukai dan gagal membuat pembayaran balik.

Dia melupuskan beberapa aset pada waktu-waktu genting ketika prosiding berkaitan cukai tersebut dijalankan, serta memindahkan nama bagi sebuah kenderaan kepada isterinya dengan jumlah S$1 pada Disember 2020 selepas menyerahkan bil kos pertama.

Encik Syn kemudian sekali lagi memindahkan keahlian Kelab Renang Cina miliknya kepada isterinya pada Julai 2021 dengan jumlah S$1.

Meskipun mahkamah mendapati aset-aset itu tidak dapat meliputi jumlah S$1.05 juta, tindakan Encik Syn melupuskan asetnya menunjukkan bahawa "apabila beliau berhadapan dengan akibat daripada tindakannya, beliau memilih untuk mengelak daripada berasa kesal atas kelakuannya."

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan