Skip to main content

Singapura

Peguam didakwa larikan jutaan dolar dikenakan 8 tuduhan tambahan lakukan pemalsuan

Seorang peguam yang didakwa melarikan jutaan dolar wang milik pelanggannya, Jeffrey Ong, sudah dikenakan lapan pertuduhan tambahan melakukan pemalsuan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jun 2019 09:45PM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 10:37PM

SINGAPURA: Seorang peguam yang didakwa melarikan jutaan dolar wang milik pelanggannya, Jeffrey Ong, sudah dikenakan lapan pertuduhan tambahan melakukan pemalsuan.

Awal bulan ini, Ong dikenakan satu pertuduhan menipu melibatkan wang S$6 juta.

Menurut pendakwa raya, tiga lagi pihak sudah membuat laporan kepada Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) mengenai pemindahan wang tanpa kebenaran mereka.

Ia melibatkan wang S$16 juta yang dipegang firma guaman JLC Advisors dan Ong ialah Pengarah Urusannya.

Wang tersebut tidak termasuk S$33 juta milik satu lagi pelanggannya, Allied Technologies.

Hari ini (13 Jun) hakim meluluskan permintaan pendakwa agar Ong ditahan seminggu lagi.

Peguam rakyat tempatan itu yang berusia 41 tahun ditangkap di Malaysia bulan lalu.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita