Peguam Christopher de Souza mungkin berdepan tindakan disiplin atas salah laku profesional
Anggaran Waktu Membaca:

AP GRC Holland-Bukit Timah Christopher de Souza berucap semasa perbahasan di Parlimen pada 28 Nov 2022.
SINGAPURA: Peguam Christopher de Souza berdepan dengan kemungkinan dikenakan tindakan disiplin atas kelakuan tidak wajar setelah sebuah tribunal mendapati beliau membantu anak guamnya melindungi bahan bukti dengan menyiapkan dan memfailkan afidavit yang mengecualikan maklumat tertentu.
Dalam hasil siasatan yang diterbitkan pada Isnin (5 Dis), tribunal disiplin itu berkata sekiranya maklumat tersebut disertakan, akan menunjukkan bahawa anak guamnya melanggar syarat-syarat yang dijanjikan dengan menggunakan maklumat dan dokumen sulit.
Maklumat dan dokumen itu diperoleh atas perintah pencarian dan hanya boleh digunakan dalam kes Mahkamah Tinggi. Namun anak guam Encik de Souza sebaliknya menggunakan maklumat berkenaan untuk memfailkan aduan polis dan aduan-aduan lain terhadap pihak yang disaman kliennya itu.
Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) mengutarakan lima tuduhan terhadap Encik de Souza, yang juga Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah dan Timbalan Speaker Parlimen - tetapi tribunal disiplin tersebut mendapati hanya salah satu tuduhan dapat dibuktikan.
Lima tuduhan itu berkaitan tingkah laku Encik de Souza semasa bertindak sebagai rakan kongsi firma guaman Lee & Lee ketika mewakili Amber Compounding Pharmacy dan Amber Laboratories dalam kes saman di Mahkamah Tinggi.
Dalam penghakiman yang diterbitkan pada Isnin, tribunal tersebut mendapati bahawa terdapat sebab-sebab yang cukup berat untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Encik de Souza bagi tuduhan keempat, iaitu membantu anak guamnya melindungi bahan bukti.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, peguam-peguam Encik de Souza berkata "tidak muncul sebarang pertikaian sama sekali" bahawa anak guam mereka bertindak dengan "penuh integriti dalam menguruskan perkara itu pada setiap masa".
Peguam Kanan Tan Chee Meng dan peguam Calvin Ong dari WongPartnership berkata: "Empat daripada lima pertuduhan ditolak.
"Berkenaan baki tuduhan, ia kini merupakan perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Mahkamah Tiga Hakim dan adalah tidak wajar bagi kami untuk mengulas mengenai merit kes itu pada ketika ini. Cukup sekadar berkata bahawa kami akan menentangnya dengan keras dan berhujah bahawa ia juga harus ditolak."
Keputusan sama ada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Encik de Souza akan diputuskan semasa prosiding akan datang. Antara tindakan yang boleh dikenakan di bawah Akta Kerjaya Guaman adalah digantung khidmat, denda dan digugurkan daripada senarai peguam.

Sumber : CNA/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.