Peguam Charles Yeo enggan pulang ke SG; tempoh waran tangkap dilanjutkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)
SINGAPURA: Peguam, Charles Yeo, yang melarikan diri dari Singapura selepas tuduhan jenayah difailkan terhadapnya, masih berada di luar Singapura dan memberitahu seorang pegawai penyiasat bahawa dia tidak berhasrat untuk pulang ke tanah air.
Demikian menurut mahkamah daerah pada Rabu (29 Mac).
Waran tangkap dikeluarkan terhadapnya pada Ogos lalu apabila peguam berusia 32 tahun itu melanggar syarat-syarat ikat jamin setelah dia tidak pulang ke Singapura selepas melakukan lawatan kerja di luar negara. Tempoh waran tangkap itu dilanjutkan oleh mahkamah semasa ia disemak semula.
Yeo yang juga adalah bekas pengerusi Parti Reform, sebelum itu berkata di akaun Instagramnya bahawa dia sedang memohon suaka politik di United Kingdom. Dia berkata demikian setelah didakwa pada Januari 2022 atas tuduhan-tuduhan berikut:
- Satu tuduhan melemparkan kata-kata kesat dengan niat untuk menyinggung perasaan penganut agama lain di bawah Kanun Keseksaan
- Dua tuduhan cuba meluahkan kata-kata kesat dengan niat untuk menyinggung perasaan pihak lain di bawah Kanun Keseksaan
- Tiga tuduhan melemparkan kata-kata berunsur ancaman, penghinaan terhadap penjawat awam di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan
Dia kemudian berkata, dia merancang untuk mencabar dakwaan-dakwaan tersebut dan menawarkan untuk mengundurkan diri sebagai pengerusi parti pembangkang itu sehingga isu tersebut dihuraikan.
Yeo juga adalah antara dua individu yang diberkas pada Januari 2022 kerana dipercayai melakukan pecah amanah jenayah dan membuat dakwaan palsu berkaitan anak guam syarikat guamannya, satu tuduhan yang dinafikannya di media sosial.
Dia belum lagi didakwa atas tuduhan-tuduhan tersebut.
Pada Rabu (29 Mac), Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Teo Siu Ming memberitahu mahkamah daerah bahawa Yeo "masih berada di luar bidang kuasa Singapura" dan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya, masih berkuat kuasa.
"Usaha masih dijalankan untuk mengesannya," tambah DPP Teo.
DPP Teo turut berkata, seorang pegawai penyiasat berjaya menghubungi Yeo menerusi panggilan WhatsApp pada Mac dan semasa dihubungi, Yeo memberitahu pegawai itu bahawa dia tidak berhasrat untuk pulang ke Singapura.
Mahkamah meluluskan permintaan pihak pendakwa untuk melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya sehingga disemak semula pada 27 September.

Sumber : Today/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.