Skip to main content

Singapura

Pegerai pasar Redhill perlu jalani ujian swab setelah dikunjungi kes COVID-19

Para pemilik gerai di Pusat Penjaja dan Pasar Redhill perlu menjalani ujian swab wajib setelah satu kes COVID-19 mengunjungi pasar tersebut baru-baru ini, kata Anggota Parlimen Melvin Yong pada Selasa (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pegerai pasar Redhill perlu jalani ujian swab setelah dikunjungi kes COVID-19

(Gambar: Facebook/Melvin Yong)

Diterbitkan : 15 Jun 2021 08:57PM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 09:01PM

SINGAPURA: Para pemilik gerai di Pusat Penjaja dan Pasar Redhill perlu menjalani ujian swab wajib setelah satu kes COVID-19 mengunjungi pasar tersebut baru-baru ini, kata Anggota Parlimen Melvin Yong pada Selasa (15 Jun).

Encik Yong, yang juga AP SMC Radin Mas berkata Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan kepadanya tentang kunjungan oleh satu kes COVID-19 baru-baru ini.

Menurut kemas kini harian MOH pada Isnin (14 Jun), kunjungan itu adalah antara 8 Jun dengan 10 Jun antara pukul 7.30 pagi hingga 8.15 pagi.

Dalam catatan Facebooknya, Encik Yong berkata ujian wajib itu akan dijalankan di Blok 84A Redhill Lane pada Selasa dan Rabu.

Ia dilakukan "sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjaga keselamatan mereka yang bekerja dan mengunjungi pusat kejiranan yang sibuk itu", katanya lanjut.

Setelah mengunjungi pusat ujian pada petang Selasa, Encik Yong berkata beliau "gembira" kerana para pemilik gerai memahami keperluan menjalani ujian swab.

"Ramai sudah selesai menjalani ujian pada sebelah tengah hari dan memaklumkan kepada saya bahawa prosesnya tidak sakit dan berjalan lancar. Mereka bersetuju bahawa menjalani ujian itu adalah langkah yang bertanggungjawab supaya setiap orang mempunyai ketenangan minda ketika mengunjungi pusat penjaja dan pasar itu," katanya.

Pasar itu terletak berhampiran 115 Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Merah View, yang ditutup sejak Ahad bagi kerja-kerja pembersihan menyeluruh setelah satu kelompok baru COVID-19 terkait dengannya.

Kesemua 85 pemilik gerai dan pekerja di 116 Bukit Merah View sudah menjalani ujian COVID-19.

Setakat Isnin, 16 kes COVID-19 berhubung kait dengan kelompok pasar Bukit Merah View.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita