Pegawai Suruhanjaya Tinggi SG yang disebut dalam parlimen Britain berkait isu abai anak diberi amaran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Agensi berita)
SINGAPURA: Seorang pegawai awam yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Singapura di London sudah diberi amaran menyusuli satu insiden mengabaikan anak.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat (15 Nov).
Menurut MFA, insiden itu berlaku pada September 2023, semasa pegawai rakyat Singapura berkenaan meninggalkan anak-anaknya yang sedang tidur di rumah untuk mengambil isterinya pulang pada waktu malam.
Salah seorang anaknya terjaga dan berupaya keluar daripada rumah yang berkunci itu untuk mencari ibu bapanya, sebelum dijumpai tidak jauh dari rumah mereka.
"Ini menyebabkan polis tempatan terlibat dalam perkara tersebut. Pihak berkuasa sudah menyiasat dan menutup insiden itu tanpa sebarang siasatan susulan diperlukan," menurut MFA dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.
"Kami menghargai tindakan profesional polis tempatan semasa mengendalikan keadaan itu. Pegawai berkenaan sudah dinasihat dan diberikan amaran menyusuli insiden itu."
Insiden tersebut dibangkitkan semasa sesi parlimen British pada Khamis (14 Nov) oleh menteri ehwal luar junior Catherine West.
Beliau memetik insiden itu sebagai salah satu daripada sembilan kes yang dicatat oleh kementerian ehwal luar pada 2023, berkait "kesalahan-kesalahan serius dan besar" opleh suspek-suspek yang ada imuniti diplomatik.
Ini termasuk seorang warga Libya yang dituduh melakukan serangan seksual, seorang warga Iraq yang dituduh memiliki atau mengedarkan gambar-gambar tidak senonoh kanak-kanak dan seorang warga Portugal yang dituiduh melakukan perbuatan tidak senonoh.
Menurut MFA, pihaknya menyedari bahawa insiden itu dimasukkan ke dalam laporan tahunan Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) Britain kepada parlimen Britain mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh individu-individu yang ada imuniti diplomatik. Namun ia menyatakan perlindungan diplomatik tidak digunakan dalam kes ini.
"Pegawai itu sudah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan dan imuniti diplomatiknya tidak digunakan," menurut MFA.
"Pegawai itu sudah digugurkan daripada jawatannya seperti yang dirancang," tambah MFA.
MFA menambah, ia menjangkakan semua kakitangan dan pegawai lain yang bertugas dengan misinya menjunjung standard tinggi tingkah laku dan mematuhi undang-undang negara di mana mereka berada.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.