Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai SCDF Muhammad Naufal antara 6 penerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam; lenturkan lelaki hayun pedang di Buangkok

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai SCDF Muhammad Naufal antara 6 penerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam; lenturkan lelaki hayun pedang di Buangkok

(Dari kiri ke kanan) Encik Lim Jiajing, Encik Muhammad Nur Rabbani Mohammad Zaini, Encik Lim Jun Yi, Komander Divisyen Polis Ang Mo Kio, Penolong Pesuruhjaya Polis, Zed Teo, Encik Kumarapeli Arachchige Amila Chinthana, Cik Kervyn Koh dan Encik Muhammad Naufal Ahmadsubronto. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 15 Mar 2022 10:14PM Dikemas Kini : 15 Mar 2022 10:19PM

SINGAPURA: Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Encik Muhammad Naufal Ahmadsubronto, 29 tahun, adalah antara enam individu yang menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (15 Mac) kerana membantu menahan suspek yang menyerang orang awam dengan pedang di Buangkok.

Keenam-enam individu itu adalah Encik Kumarapeli Arachchige Amila Chinthana, Encik Lim Jun Yi, Encik Muhammad Nur Rabbani Mohammad Zaini, Encik Lim Jiajing, Encik Muhammad Naufal Ahmadsubronto dan Cik Kervyn Koh, masing-masing menerima anugerah tersebut di ibu pejabat Divisyen Polis Ang Mo Kio pada petang tadi (15 Mac).

Suspek yang berusia 37 tahun adalah lelaki warga Singapura, Fadhil Yusop, yang diberkas pada Isnin (14 Mac) selepas polis menerima beberapa panggilan meminta bantuan pada sekitar 2.00 petang mengenai seorang lelaki yang menghayun pedang di tengah-tengah Buangkok Crescent dan menghalang pergerakan trafik.

BACA: Lelaki akan didakwa di mahkamah; guna pedang untuk serang orang, 5 kereta di Buangkok

Dia akan didakwa pada Rabu (16 Mac) atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, menurut polis dalam kenyataan medianya pada malam semalam.

Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Encik Muhammad Naufal Ahmadsubronto, 29 tahun, bergegas ke arah Fadhil dan menahannya bersama dengan Encik Lim Jun Yi dan Encik Chinthana.

Tiga lagi individu iaitu Cik Koh, Encik Rabbbani dan Encik Lim Jiajing yang bekerja di Angsana Home @ Pelangi Village yang terletak berdekatan sedang dalam perjalanan untuk makan tengah hari apabila mereka ternampak kejadian itu dan bergegas untuk menghulurkan bantuan.

"Tingkah lakunya pasti boleh menyebabkan lebih banyak kecederaan atau lebih banyak kerosakan jika dia tidak dihalang, kata Encik Rabbani.

Komander Divisyen Polis Ang Mo Kio, Penolong Pesuruhjaya Polis, Zed Teo berkata, tindakan keenam-enam individu itu berjaya menghalang suspek daripada "menimbulkan lebih banyak bahaya dan kemudaratan kepada orang ramai".

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan