Pegawai SCDF dipenjara kerana biarkan NSF padam kebakaran Henderson Road sendirian sehingga maut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana meletak nyawa seorang anggota perkhidmatan negara (NSF) sepenuh masa dalam bahaya.
NSF itu meninggal dunia selepas melakukan operasi memadam kebakaran pada 2022.
Muhammad Kamil Mohamed Yasin, 39, mengaku bersalah pada Rabu (15 Jan) atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan parah disebabkan tindakan cuai yang membahayakan nyawa manusia.
NSF berusia 19 tahun itu, Sarjan 1 (SGT1) Edward H Go, adalah anggota bomba pertama yang maut disebabkan operasi SCDF.
Beliau tidak sedarkan diri semasa memadam kebakaran di Blok 91 Henderson Road pada 8 Disember 2022, lalu meninggal dunia di hospital pada lewat hari itu.
Punca kematian adalah sesak nafas akibat tahap silinder udara yang menyusut.
Kamil adalah komander di lapangan di tempat kejadian pada ketika itu. Sedang kebakaran kian marak, dia membiarkan SGT1 Go sendirian untuk melawan api selepas menepuk bahunya dan menunjukkan isyarat 'jari jempol', dan tidak memaklumkan pegawai lain bahawa NSF itu masih berada dalam flat berkenaan.
Ini bercanggah dengan doktrin bomba bagi pegawai SCDF untuk menjalankan tugas sekurang-kurangnya secara berpasangan - sesuatu yang diketahui Kamil yang sudah menjadi anggota bomba selama 14 tahun pada ketika itu.
Urutan insiden yang membawa kepada kematian SGT1 Go diumumkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya pada Rabu, apabila pihak pendakwa memberitahu mahkamah mengenai fakta kes tersebut.
Pihak pendakwa memohon hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan, manakala pihak pembela memohon bagi dua hingga tiga bulan.
Hakim Daerah Shawn Ho menyampaikan takziah mendalamnya kepada keluarga SGT1 Go, yang turut hadir di mahkamah.
"Beliau meninggal dunia secara tragis semasa menjalani NS sebagai seorang anggota bomba yang berani," kata hakim berkenaan.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.