Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai SCDF didakwa berhubung kematian anggota bomba NSF yang dibiarkan padam kebakaran di Henderson

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Oct 2023 03:00PM Dikemas Kini : 16 Oct 2023 08:45PM
SINGAPURA: Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) didakwa pada Isnin (16 Okt) kerana menyebabkan kecederaan teruk kepada seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) berusia 19 tahun dengan meninggalkannya sendirian di sebuah flat untuk memadamkan kebakaran.

Akibatnya Sarjan 1 (SGT1) Edward H Go, mengalami sesak nafas sehingga beliau meninggal dunia selepas tahap silinder udaranya menyusut. Beliau merupakan anggota bomba pertama yang kehilangan nyawanya semasa operasi SCDF.

Pegawai tertuduh, Muhammad Kamil Mohamed Yasin 38 tahun, didakwa atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk melalui tindakan terburu-buru yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Beliau didakwa meninggalkan SGT1 Go sendirian untuk memadamkan kebakaran yang sedang marak di dalam flat di Blok 91, Henderson Road pada 8 Disember tahun lalu, tanpa memaklumkan perkara ini kepada sesiapa.

Tindakannya itu bercanggah dengan doktrin memadamkan kebakaran SCDF.

Siasatan polis tidak menemui sebarang bukti yang menyatakan bahawa kematian SGT1 Go adalah disebabkan kegagalan dalam peralatan.

Jika didapati bersalah, Muhammad Kamil boleh dipenjara sehingga empat tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

SCDF sedang menyiasat anggota kedua, yang didakwa gagal untuk memastikan keselamatan keseluruhan operasi memadamkan kebakaran apabila dia tiba dan mengambil alih kawalan ke atas insiden berkenaan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan