Pegawai SCDF didakwa atas kematian anggota NS dalam kebakaran Henderson Road dijangka mengaku bersalah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan mengaku bersalah kerana menyebabkan kecederaan teruk kepada seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) berusia 19 tahun dengan meninggalkannya sendirian untuk memadamkan api di sebuah flat.
Muhammad Kamil Mohamed Yasin, 39 tahun, akan mengaku bersalah pada 15 Januari 2025, mengikut rekod mahkamah yang dikemas kini pada Isnin (18 Nov).
Anggota NSF itu, Sarjan 1 (SGT1) Edward H Go, mengalami sesak nafas ketika memadamkan api di Blok 91 Henderson Road pada 8 Disember 2022, dan meninggal dunia kemudiannya di hospital.
Sarjan 1 Go mengalami sesak nafas kerana tangki oksigen kehabisan.
Beliau merupakan pegawai bomba pertama meninggal dunia semasa operasi memadam api SCDF. Dia diberi upacara pengebumian beristiadat dan diberi kenaikan pangkat secara anumerta menjadi sarjan.
Kamil dituduh menyebabkan kecederaan teruk melalui satu tindakan terburu-buru yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dengan meninggalkan SGT1 Go seorang diri di dalam flat yang sedang terbakar tanpa memberitahu sesiapa tentang perkara itu.
Polis sebelum ini berkata Kamil melanggar prosedur standard SCDF.
Dia berdepan hukuman penjara hingga empat tahun, denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali
Kamil didakwa pada 16 Oktober 2023 dan kini diikat jamin S$15,000. Dia diwakili peguam veteran Ramesh Tiwary.
SCDF sebelum ini menyatakan bahawa Kamil memegang pangkat Pegawai Waran (2) dan digantung kerja dengan separuh gaji mulai 19 Oktober 2023.
Dia tidak dibenarkan bertugas di barisan hadapan dan diletakkan dalam peranan sokongan pentadbiran mulai 23 Ogos 2023.
Selepas kematian SGT1 Go, kumpulan semakan dalaman SCDF mengesyorkan pasukan itu mengambil langkah-langkah untuk mengkaji secara menyeluruh pemilihan dan latihan komander daratnya.
SCDF juga memperkenalkan langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan di lapangan, seperti seorang pegawai untuk membantu memantau anggota bomba dan memeriksa peralatan perlindungan diri mereka sebelum memasuki lokasi kebakaran.
Walaupun ini telahpun dilakukan untuk kebakaran yang lebih besar dan lebih kompleks, SCDF mula mempunyai pegawai sedemikian untuk kebakaran yang lebih kecil, seperti kebakaran rumah, pada September 2023.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.