Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai PPIS kongsi misi Rumah Peralihan Rise Above dengan penduduk di sekeliling

Meningkatkan kesedaran penduduk tentang pembukaan rumah peralihan yang bakal dibuka di St George's Lane dalam separuh kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Meningkatkan kesedaran penduduk tentang pembukaan rumah peralihan yang bakal dibuka di St George's Lane dalam separuh kedua tahun ini.

Itulah yang diusahakan sekumpulan pegawai Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) hari ini (23 Apr).

Rumah Peralihan Rise Above kendalian PPIS itu merupakan rumah peralihan wanita pertama yang bersifat sekular.

Ia akan dapat menampung sehingga 30 pesalah wanita dari pelbagai kaum dan agama dalam usaha mempersiapkan mereka untuk diintegrasikan semula kepada masyarakat.

PPIS berharap bahawa dengan adanya rumah peralihan Rise Above nanti, ia akan dapat membina satu masyarakat yang mengambil peduli antara satu sama lain di kawasan perumahan itu.

Presiden PPIS, Cik Hazlina Halim berkata: "Mereka (para penghuni rumah peralihan Rise Above) di sini untuk kami sokong, tolong dan rai, supaya mereka dapat kembali bersama menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan keluarga. Kami percaya bahawa di dalam sesebuah masyarakat, semua orang mempunyai peranan masing-masing. Sejauh ini kami lihat sambutan yang kami terima daripada jiran-jiran baru sangat menggalakkan.

Menurut Cik Hazlina "kerja-kerja naik taraf sudah bermula dan berjalan dengan lancar."

Sesi hari ini turut disertai Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

"Apabila kita menziarahi rumah-rumah tadi, para penduduk ingin tahu apakah kegunaan bangunan itu dan mereka juga memberi sokongan tentang aktiviti-aktiviti yang kita akan lakukan," kongsi Dr Wan Rizal.

PPIS turut menyebarkan semangat Ramadan dan Lebaran yang menjelang dengan menghadiahkan biskut Raya kepada para penduduk.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa