Pegawai polis trafik dibawa ke hospital susuli kemalangan dengan kereta di BKE
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SG Road Vigilante/YouTube
SINGAPURA: Seorang pegawai polis trafik dibawa ke hospital berikutan satu kemalangan yang melibatkan motosikal polis yang ditunggangnya dan sebuah kereta di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) pada awal Rabu (10 Mei).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan di BKE itu pada sekitar 7.05 pagi Rabu.
Pegawai polis lelaki berusia 36 tahun itu dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong di Jurong East dalam keadaan sedarkan diri.
Rakaman video yang tersebar online menunjukkan keadaan selepas berlakunya nahas tersebut, dengan seorang pegawai polis trafik duduk menyandar sebuah motosikal polis di jalan raya.
Dia kelihatan menyentuh mukanya sedang seorang pegawai polis trafik tunduk berbual dengannya.
Sebuah kereta sedan putih dengan bahagian belakangnya remuk, dilihat di sebelah pegawai berkenaan, selain serpihan bersepahan di jalan raya.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.