Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai polis ditemui mati dengan kesan tembakan di 1 Bayfront Avenue

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Seorang pegawai polis ditemui mati dengan kesan tembakan di 1 Bayfront Avenue pagi ini (19 Sep).

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan insiden itu kepada BERITAmediacorp hari ini.

Menurut SPF, pegawai dari Divisyen Polis Central itu berusia 29 tahun.

"Beliau kemudian disahkan meninggal dunia. Senjata api dijumpai di tempat kejadian dan diambil (oleh polis)," menurut SPF.

BERITAmediacorp menerima maklumat tentang insiden itu menerusi Whatsapp, dengan dua gambar dimuat naik. Seorang individu yang berada di kawasan itu mendakwa ternampak kejadian tersebut.

Gambar pertama menunjukkan seorang lelaki terbujur di MBS Boardwalk (Laluan Tepi Pantai MBS) dan sepucuk pistol ditemui dekat dengan lelaki berkenaan.

Satu lagi gambar menunjukkan sebuah kereta polis berdekatan lokasi di mana lelaki tersebut ditemui.

SPF memberitahu BERITAmediacorp, berdasarkan siasatan awal pihaknya "tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat dan siasatan sedang dijalankan".
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan