Pegawai polis dipenjara kirim mesej ganggu remaja yang disiasat
Seorang pegawai polis yang sedang menyiasat seorang remaja atas percubaan membunuh diri meminta nombor telefonnya dan kemudian mula menghantar kiriman-kiriman teks yang mengganggu remaja itu selama 18 hari selepas itu.
(Gambar: Adrianna Calvo/Pexels)
SINGAPURA: Seorang pegawai polis yang sedang menyiasat seorang remaja atas percubaan membunuh diri meminta nombor telefonnya dan kemudian mula menghantar kiriman-kiriman teks yang mengganggu remaja itu selama 18 hari selepas itu.
Lelaki itu kemudian menyoal remaja 19 tahun itu tentang siapa yang dijumpainya, bila dia makan, mandi dan tidur, dan juga meminta untuk bertemu dengannya. Apabila dia tidak mengendahkan pertanyaan-pertanyaan tersebut, pegawai itu mengasak-asak remaja itu supaya segera menjawabnya.
Leow Jin Jie, 33, hari ini (24 Jun) dijatuhi hukuman penjara selama 20 hari selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menghendap.
Dia sudah berkhidmat dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) sejak 2009 dan menjadi pegawai siasatan apabila dia diberi tugasan menyiasat kes mangsa itu pada 2017.
Dia berkata dia melakukan kesalahan-kesalahan itu kerana "dia sedang berdepan dengan masalah rumah tangga dan mahu melihat sama ada dia masih ada nilai di mata wanita", menurut dokumen-dokumen mahkamah.
Mangsa tersebut mempunyai sejarah isu mental dan antara lain didiagnos dengan gangguan kemurungan utama atau 'major depressive disorder'.
Identitinya dilindungi atas perintah mahkamah.
Mediacorp sudah menghubungi SPF bagi mendapatkan komen.
Kesalahan menghendap membawa hukuman maksimum penjara sehingga setahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi insiden-insiden serupa, orang ramai boleh mendapatkan bantuan di:
Samaritans of Singapore
Talian Hotline: 1800 221 4444
Institut Kesihatan Mental
Talian Bantuan: 6389 2222
Persatuan Kesihatan Mental Singapura
Talian Bantuan: 1800 283 7019
Jika seseorang yang anda kenal berada dalam keadaan berisiko, hubungi khidmat perubatan kecemasan 24 jam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.