Pegawai polis berdepan tindakan dalaman atas kelakuan 'tidak wajar' di lokasi kematian luar biasa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Tracy Lim
SINGAPURA: Tindakan dalaman akan dikenakan terhadap seorang pegawai polis yang bergambar di khalayak ramai.
Pegawai polis tersebut menunjukkan isyarat 'V' menggunakan tangannya sedang dia berdiri bersebelahan dengan kepungan kecil berwarna biru yang didirikan di lokasi kematian luar biasa.
Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (29 Jun).
Dalam catatannya di Facebook, SPF turut mendedahkan bahawa pihaknya sudah menghubungi waris mendiang dan memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut.
"Sekalipun pegawai itu tidak mengambil gambar dirinya di tempat kejadian, dia bertindak secara tidak wajar di hadapan orang ramai yang berada berdekatan dengan kawasan tersebut," menurut SPF.
Catatan Facebook yang tersebar online pada Rabu (29 Jun) menunjukkan seorang pegawai polis bergambar dengan isyarat tangan tersebut bersebelahan dengan khemah kecil berwarna biru.
Lokasi kejadian bagaimanapun tidak didedahkan.
Catatan tersebut ditulis oleh Cik Tracy Lim yang mengatakan bahawa beliau adalah saudara kepada si mati. Beliau turut menyifatkan kelakuan pegawai tersebut sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima sama sekali dan tidak menghormati langsung orang yang sudah meninggal dunia".
"Saya tentu sekali tidak mahu melihat perkara sama di mana seorang pegawai beruniform bertindak terhadap keluarga si mati seperti bahan senda dan seolah-olah untuk hiburannya," kata beliau selanjutnya.
Dalam kenyataannya pada Rabu (29 Jun), SPF menyatakan bahawa catatan tersebut berhubung kait dengan kes kematian luar yang ditangani oleh pihak polis pada Selasa (28 Jun).
Mendiang ditemui terbujur di kolong blok.
SPF bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut apabila ditanya mengenai tindakan dalaman yang akan dikenakan terhadap pegawai tersebut.
Nama pegawai polis itu juga tidak didedahkan.
Catatan Cik Lim sudah dipadamkan pada pukul 3.00 petang pada Rabu (29 Jun).
Dalam catatan susulan, Cik Lim mengatakan bahawa beliau sudah menerima permohonan maaf daripada pihak polis dan menghargai tindakan pantas yang diambil oleh pihak berkuasa.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.