Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai perubatan mengaku tandatangan 4 MC sendiri

Seorang pegawai perubatan, pada hari Rabu (17 Apr), mengaku menandatangani sendiri empat sijil cuti sakit (MC) pada 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai perubatan mengaku tandatangan 4 MC sendiri

Gambar fail seorang doktor. (Gambar: AFP/Joe Raedle)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 09:21PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 09:23PM

SINGAPURA: Seorang pegawai perubatan, pada hari Rabu (17 Apr), mengaku menandatangani sendiri empat sijil cuti sakit (MC) pada 2015.

Joel Arun Sursas, 28 tahun, memalsukan tanda tangan pada MC di Etern Medical Clinic di Punggol antara Oktober dengan November 2015, sebagai alasan tidak datang kerja.

Mahkamah diberitahu Sursas bekerja di MOH Holdings dan ditugaskan di jabatan radiologi diagnostik Hospital Besar Changi antara September 2015 dengan Januari 2016.

Bagaimanapun, dia juga bekerja sebagai seorang pengganti doktor atau 'locum' di Etern Medical Clinic antara Julai 2015 dengan Disember 2015, yang melanggar peraturan.

Dia dibayar S$95 setiap jam di Etern. Bagi menjelaskan sebab dia tidak datang kerja di CGH, Sursas menandatangani MC dari Etern untuk dirinya sendiri sebanyak empat kali. Dia menandatangani MC tersebut sebagai "Locum" tanpa menulis namanya, memberi gambaran seakan-akan seorang doktor lain yang menandatanganinya.

Tipu helahnya dikesan apabila CGH membuat pemeriksaan dengan Etern.

Sursas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan menipu, dan tiga lagi tuduhan turut dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan