Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai perubatan kecemasan SCDF uji cuba alat bantu kurangkan keletihan ketika angkat beban berat

Satu kerangka luar atau 'exoskeleton' yang baru sedang dicuba kakitangan Pertahanan Awam bagi mengurangkan keletihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai perubatan kecemasan SCDF uji cuba alat bantu kurangkan keletihan ketika angkat beban berat

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 07:30PM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 07:18PM

SINGAPURA: Satu kerangka luar atau 'exoskeleton' yang baru sedang dicuba kakitangan Pertahanan Awam bagi mengurangkan keletihan.

Ia berupaya meningkatkan daya tahan sehingga 40 peratus apabila mengangkat beban berat.

Lapan daripadanya telah menjalani ujian makmal sejak Jun lalu bersama Pasukan Penyelamat dan Bantuan Bencana (DART).

Hasilnya, ia dapat membantu mengurangkan keletihan tanpa menjejas pergerakan semasa latihan.

Bagi pasukan rawatan kecemasan (EMS) pula, alat tersebut membantu semasa memberikan bantuan CPR dan mengangkat pengusung.

Mulai Januari depan, unit-unit aktif SCDF akan mencuba lapan alat 'exoskeleton' tersebut. 

Sumber : CNA/IQ/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa