Pegawai penguatkuasa dikerah ambil tindakan lebih tegas atas kesalahan gagal pulangkan dulang, pinggan mangkuk
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pihak berkuasa mengerahkan pegawai penguatkuasa untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas mereka yang gagal memulangkan dulang dan pinggan mangkuk terpakai di tempat-tempat makan.
Pesalah kali pertama akan diberi amaran bertulis, manakala pesalah berulang dikenakan saman atau diheret ke mahkamah.
Dalam tempoh hanya sejam di sebuah pusat penjaja, pegawai penguatkuasa Tan Guan Qun telah mengambil tindakan ke atas empat pesalah.
Ini atas kesalahan gagal memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka selepas makan.
"Apabila saya menghampiri mereka dan minta butir peribadi, mereka patuh serta-merta.
"Mereka mendakwa sedang berkejar masa, jadi tidak sempat pulangkan dulang makanan. Saya katakan kepada mereka, itu tidak boleh dijadikan alasan," ujar Encik Tan.
Langkah terbaru itu merupakan sebahagian daripada usaha penguatkuasaan terhadap pelanggan yang tidak membersihkan tempat mereka makan, yang diistilahkan sebagai menyepahkan meja.
Pegawai berpakaian preman dikerahkan ke pusat-pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan di merata Singapura.
Mereka membawa tablet dan kamera kecil untuk merakam interaksi mereka.
"Oleh kerana kami tidak kenakan seragam, ramai yang tidak sedar bahawa kami sedang memerhatikan mereka.
"Ini lebih memudahkan tugas kami untuk mengesan mereka tinggalkan sahaja dulang makanan dan terus berlalu, kerana mereka fikir tiada pegawai penguatkuasa bertugas," tambah Encik Tan.
Pesalah kali pertama akan diberi amaran bertulis, manakala mereka yang sudah mempunyai rekod, akan dikenakan denda, atau didakwa di mahkamah.
Tujuannya, bagi meningkatkan kebersihan serta menggalak tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.
Langkah lebih ketat itu juga bagi memastikan, segala usaha baik anggota masyarakat, tidak dicemari segelintir yang tidak bertimbang rasa.
Menurut NEA, mereka yang lanjut usia, golongan kurang upaya dan kanak-kanak dikecualikan daripada tindakan tersebut. Namun, penjaga mereka seharusnya membantu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.