Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai Penasihat MENDAKI sediakan sokongan menyeluruh menerusi pengkhususan berbeza, kerjasama agensi lain

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam boleh mendapatkan bantuan yang lebih menyeluruh di pusat-pusat satelit MENDAKI.

Ini dengan pengkhususan berbeza Pegawai Penasihat MENDAKI, seperti dalam bidang kekeluargaan, belia dan daya kerja serta kerjasama dengan agensi-agensi lain.

Tiga daripada Pegawai Penasihat tersebut ditemui Pengerusi Yayasan MENDAKI Menteri Masagos Zulkifli, dalam lawatan beliau ke Pusat Satelit MENDAKI di Choa Chu Kang.

<p>Facebook/Masagos Zulkifli</p>

Encik Masagos Zulkifli, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan berkata kunjungannya itu untuk lebih lanjut perkhidmatan yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan masyarakat Melayu/Islam.

Dalam perkongsiannya di Facebook pada Rabu (27 Apr), Encik Masagos berkata pegawai-pegawai itu mendekati masyarakat secara proaktif, menilai keperluan pelanggan mereka dan bekerjasama dengan agensi lain bagi menyediakan sokongan yang menyeluruh.

Ini termasuk memberi bantuan kewangan dan pekerjaan yang sesuai untuk mereka.

<p>Facebook/Masagos Zulkifli</p>

Selain itu, mereka juga membimbing pekerja atau mereka yang sedang mencari pekerjaan, cara-cara untuk meningkatkan kemahiran menerusi kerjasama dengan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan SkillFuture Singapura.

Encik Masagos juga sempat bertemu dengan salah seorang peserta program Back-to-Work Women (BWW) kendalian MENDAKI iaitu Cik Zuria Yusope.

"Akibat komitmen keluarga, Cik Zuria terpaksa berhenti bekerja. Kini, beliau sedang mencari peluang pekerjaan dan menerima bantuan pembangunan diri melalui program BWW," kongsi Encik Masagos.

<p>Facebook/Masagos Zulkifli</p>

Encik Masagos yang juga Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, melahirkan rasa gembiranya melihat kerjasama MENDAKI dengan NTUC untuk memanfaatkan wadah dan sumber nasional.

"Ini akan membolehkan pekerja Melayu/Islam kita, termasuk pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, meningkatkan kemahiran dan bergerak ke dalam industri-industri yang sedang berkembang,"

"Ini bukan sahaja meningkatkan peluang dan jangka masa kerjaya mereka, bahkan ia juga membentuk mereka untuk berdaya tahan dan relevan dalam pasaran pekerjaan semasa," tambah Encik Masagos.

Selain Choa Chu Kang, terdapat tiga lagi Pusat Satelit MENDAKI iaitu di Woodlands, Pasir Ris dan Jurong.

Setiap pusat satelit itu mempunyai tumpuan khusus, misalnya pelibatan dan program belia menjadi tumpuan pusat MENDAKI@Jurong.

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan