Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai LTA maut ketika kejar penunggang motosikal yang larikan diri di SLE

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jun 2024 09:17AM Dikemas Kini : 05 Jun 2024 11:14PM
SINGAPURA: Seorang pegawai penguatkuasaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) maut selepas mengejar penunggang motosikal yang melarikan diri di Ekspreswe Seletar (SLE) pada pagi Selasa (4 Jun).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan melibatkan sebuah motosikal, dua lori dan sebuah van di SLE menghala ke Ekspreswe Bukit Timah, berdekatan susur keluar Ekspreswe Tampines, pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

"Seorang pegawai penguatkuasaan LTA, yang sedang menunggang motosikal, dikejarkan ke hospital di mana beliau meninggal dunia," dedah polis.

Seorang lelaki 18 tahun, dipercayai penunggang yang dikejar pegawai tersebut sebelum berlakunya kemalangan itu, diberkas atas beberapa kesalahan: Gagal berhenti ketika diarahkan seorang pegawai berkuasa, menunggang secara bahaya, menunggang tanpa lesen dan perlindungan insurans yang sah, memiliki senjata berbahaya, dan disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan dadah.

LTA mengenal pasti pegawai tersebut sebagai Encik Zdulfika Ahakasah.

Video kemalangan itu yang dimuat naik di media sosial menunjukkan Encik Zdulfika hampir berhenti sebelah penunggang motosikal terbabit di bahu jalan.

Namun, penunggang itu memecut secara tiba-tiba, dengan memusing ke kanan untuk menuju ke susur keluar ekspreswe. Encik Zdulfika mengejarnya namun merempuh penghadang jalan.
LTA menyatakan ia sedang bekerjasama dengan Polis Trafik untuk "menyiasat kemalangan itu dengan teliti, dan membawa penunggang motosikal tersebut ke muka pengadilan".

"Polis akan menyiasat kes ini secara menyeluruh, dan memastikan mereka yang bertanggungjawab akan berdepan tindakan undang-undang sepenuhnya."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan