Skip to main content

Singapura

Pegawai logistik dipenjara 18 minggu curi barang milik banduan

Seorang bekas pegawai logistik dihukum penjara 18 minggu pada Jumaat (1 Mac) di atas kesalahan mencuri barangan milik para banduan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai logistik dipenjara 18 minggu curi barang milik banduan

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Mar 2019 05:38PM Dikemas Kini : 04 Mar 2019 05:43PM

SINGAPURA: Seorang bekas pegawai logistik dihukum penjara 18 minggu pada Jumaat (1 Mac) di atas kesalahan mencuri barangan milik para banduan.

Mahkamah diberitahu bahawa Muhamad Rawandi AB Rahman, 29 tahun, bertugas sebagai pegawai logistik sepenuh masa dengan syaraikat ST Logistics semasa melakukan kesalahan.

Pada September tahun lalu, dia ditugaskan selama seminggu di Logispark, sebuah bangunan yang menyimpan barang-barang milik banduan dan dijaga oleh ST Logistics.

Ketika ditugaskan di sana, dia membuka tiga beg plastik berisi barangan milik para banduan dengan niat mencurinya. Dia kemudian mengaku mencuri barangan bernilai kira-kira S$500 kesemuanya termasuk beberapa telefon bimbit dan dompet wang.

Kesalahannya itu dikesan selepas penyelianya menonton sebuah rakaman kamera litar tertutup di bangunan itu pada November lalu dan melihatnya dalam keadaan mencurigakan.

Rawandi kemudian dipanggil ke pejabat penyelia itu di mana dia mengakui melakukan kesalahan tersebut sebelum dibawa ke balai polis.

Dua telefon bimbit yang dicuri dan masih disimpannya diserahkan kepada polis. Pekerja yang didapati melakukan kesalahan mencuri boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita