Pegawai keselamatan tolak bayaran pampasan kecederan melebihi 6 bulan gaji untuk saman majikan – tetapi kesnya gagal
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Seorang pegawai keselamatan yang menolak pampasan berjumlah lebih enam bulan gajinya, bagi kecederaan yang dialami di tempat kerja, memutuskan untuk mengemukakan tuntutan terhadap majikannya yang dituduh cuai. Namun, kesnya gagal selepas hakim mendapati tuntutannya "tidak berasas sama sekali".
Hakim Daerah Evans Ng menolak tuntutan Cik Nirmala Thangavellu terhadap majikannya, Acestes, dalam penghakiman bertarikh 25 Mei, yang mendapati bahawa dia gagal membuktikan bahawa syarikat itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya.
Hakim juga menarik perhatian kepada risiko yang dihadapi oleh pekerja yang menarik balik tuntutan di bawah Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja (WICA) untuk mengambil tindakan mahkamah, sambil mengatakan bahawa pekerja yang gagal dalam tindakan itu boleh pulang dengan tangan kosong serta perlu menanggung kos guaman.
Cik Nirmala merupakan pegawai keselamatan yang bekerja di sebuah kondominium di Fernvale Road di Sengkang apabila dia alami kecederaan pada buku lalinya pada 4 Ogos 2021.
Semasa bertugas di salah satu pintu masuk kondominium, dia mendakwa bahawa dia tersandung. Buku lalinya cedera semasa dia berurusan dengan seorang pekerja penghantaran yang enggan berhenti dan memberi butirannya.
Dia menambah bahawa dia cuba "mengejar" pekerja penghantaran itu tetapi kakinya terseliuh atas permukaan yang tidak rata. Akibatnya, buku lalinya cedera.
Bahagian berkaitan rakaman kamera litar tertutup dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan, menunjukkan Cik Nirmala berjalan seperti biasa ke arah pintu sebelum dia pusing balik.
Semasa dia terus berjalan, kaki kanannya dilihat terseliuh, menyebabkan dia hilang keseimbangan. Semasa dia jatuh, dia menghulurkan tangannya untuk menahan dirinya sebelum berdiri semula dan berjalan pergi.
Dia kemudian membuat tuntutan di bawah WICA dan Pesuruhjaya Buruh menilai pampasan untuk kecederaannya.
Mahkamah menyatakan bahawa jumlah yang dinilai melebihi enam bulan gaji Cik Nirmala pada masa itu.
Walau bagaimanapun, beliau membantah penilaian tersebut dan didapati menarik balik tuntutan itu sebelum mengemukakan saman terhadap Acestes lebih setahun kemudian.
Alasan yang dinyatakan dalam notis bantahan diberikan sebagai "penyelesaian di bawah WICA tidak mencukupi".
Dalam penghakimannya, Hakim Ng berkata bahawa untuk berjaya dalam tuntutan yang mendakwa majikan cuai, seseorang pekerja tidak cukup sekadar “mengulang kenyataan umum bahawa majikannya mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatannya secara munasabah.”
"Pekerja juga mesti membuktikan, antara lain, bahawa majikan melanggar tanggungjawab tersebut," kata hakim itu.
Beliau menekankan bahawa keterangan Cik Nirmala hanya terbatas pada dakwaan bahawa “langkah keselamatan dan sokongan yang sewajarnya” tidak disediakan untuk mengelakkan kemalangan sedemikian, tanpa menjelaskan apakah langkah tersebut sebenarnya.
Hakim berkata beliau tidak dapat mengenal pasti sebarang bahan yang boleh "menyokong dakwaan pelanggaran kewajipan secara munasabah", walaupun setelah mengambil kira kes Cik Nirmala pada tahap paling kukuh.
Beliau turut menambah bahawa Cik Nirmala tidak terdedah kepada risiko yang berbeza daripada apa yang mungkin dihadapi oleh seorang penduduk kondominium biasa.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.