Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai JTC, bekas penyelia masing-masing didenda S$30,000, sebabkan pembersihan haram hutan Kranji

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pegawai Perbadanan JTC dan penyelianya ketika itu didenda pada Rabu (9 Nov) atas peranan mereka menyebabkan pembersihan haram sebahagian hutan di Kranji.

Bekas Timbalan Pengarah JTC, Chong Pui Chih, 47 tahun, dan pegawainya ketika itu, Neo Jek Lin, 44 tahun, masing-masing didenda S$30,000. 

Mereka berkata akan membuat bayaran penuh. 

Kedua-duanya  mengaku bersalah atas beberapa tuduhan minggu lalu. Neo merupakan pengurus projek kanan JTBC dan kini digantung kerja. 

Neo dan Chong bertanggungjawab atas pembangunan Taman Inovasi Agri-makanan bagi sebidang tanah di Kranji Close dan Kranji Road. 

Taman itu dijangka menempatkan kegiatan pertanian berteknologi tinggi, serta pembangunan dan penyelidikan seperti kilang tanaman tertutup, ladang serangga dan kemudahan pengeluaran makanan haiwan. 

Pihak pendakwa memohon denda sebanyak S$34,000 bagi Neo dan S$28,000 bagi Chong. 

Pada Rabu (9 Nov), Hakim Daerah Lee Lit Cheng berkata, kedua-dua Neo dan Chong memainkan peranan serupa dalam melakukan kesalahan tersebut.

Meskipun mereka bertindak atas tanggungjawab tugas yang diamanahkan kepada mereka, Hakim Lee berkata mereka "mengambil jalan salah" kerana gagal bertanggungjawab dari segi mematuhi undang-undang dan melindungi alam sekitar. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan