Skip to main content

Singapura

Pegawai awam SG terima bonus akhir tahun 1.1 bulan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Nov 2022 07:11PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 08:30PM
SINGAPURA: Para anggota perkhidmatan awam Singapura akan menerima bonus akhir tahun sebanyak 1.1 bulan. Manakala, para pegawai gred rendah akan menerima bayaran tambahan sekali saja bernilai S$700.

Demikian menurut Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Khamis (24 Nov).

Para pegawai gred MX15 dan ke bawah, atau setara dengannya, akan menerima bayaran tambahan sekali saja.

Menurut PSD, bayaran akhir tahun itu mengambil kira unjuran ekonomi dan bertujuan untuk menghargai kerja keras para pegawai awam.

Pemerintah juga akan terus membiayai elaun satu bulan bukan untuk persaraan yang diterima setiap tahun, atau juga dikenali sebagai bonus bulan ke-13.

Termasuk bayaran pertengahan tahun, para anggota perkhidmatan awam akan menerima bayaran Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC) sebanyak 1.45 bulan secara keseluruhannya tahun ini.

Para pegawai gred rendah pula menerima bayaran sekali saja hingga S$1,100 pada 2022.

PSD menambah, Pemerintah akan terus mengambil pendekatan progresif dalam menentukan bayaran AVC untuk para anggota perkhidmatan awam.

Tahun ini, bonus pertengahan tahun sebanyak 0.35 bulan, diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam.

Pada tahun lalu, para pegawai perkhidmatan awam menerima bayaran AVC dalam tahun penuh sebanyak 1.3 bulan, dengan mereka dalam gred ke lebih rendah, menerima bayaran tambahan sekali saja sehingga S$1,200.

"Perkhidmatan awam sudah mengharungi perjalanan yang panjang dalam perjuangan mereka untuk melindungi Singapura dan warga Singapura, menentang COVID-19," menurut PSD.

"Pemerintah sangat menghargai kerja keras dan pengorbanan kesemua para pegawai awam yang menangani cabaran-cabaran dengan bersungguh-sungguh dan seboleh-bolehnya."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita