Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai ambil tindakan sewajarnya dalam insiden wanita terjun dari blok HDB Eunos, kata SPF & SCDF

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para pegawai yang mengendalikan kejadian di mana seorang wanita 31 tahun terjun dari sebuah blok HDB di Eunos Crescent telah mengambil tindakan sewajarnya dan mengikut prosedur, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Jumaat (23 Sep). 

Dalam satu kenyataan media bersama, polis dan SPF menyatakan mereka sedia maklum mengenai komen online tentang sama ada para pegawai boleh melakukan lebih untuk menghalang insiden yang berlaku pada Selasa (20 Sep). 

Polis menerima panggilan bagi bantuan di 36 Eunos Crescent pada pukul 6.30 petang. 

"Dua pegawai polis pertama tiba di tempat kejadian pada pukul 6.43 petang dan langsung ke unit tersebut, namun pintunya dikunci," menurut SPF dan SCDF dalam kenyataan media berkenaan.

Dua lagi pegawai polis tiba pada pukul 6.44 petang dan pergi ke tingkat bawah blok berkenaan. 

"Mereka melihat seorang wanita  berdiri di belebas unit berkenaan," menurut pihak berkuasa, sambil menambah bahawa pegawai polis lain tiba sejurus selepas itu. 

"Para pegawai di tingkat bawah cuba memujuk wanita itu daripada terjun dari belebas, dengan menggunakan kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa ibundanya. 

"Namun, wanita itu tidak menghiraukan pegawai polis itu yang cuba untuk menenangkannya. Dia juga tidak berundur dari belebas untuk masuk ke unit itu." 

SCDF dimaklumkan tentang insiden tersebut pada pukul 6.43 petang, dan sebuah kenderaan Red Rhino tiba di tempat kejadian dalam masa lapan minit, disusuli dengan kereta bomba dan ambulans tidak lama kemudian. 

"Namun, wanita itu terjun dari belebas pada pukul 6.54 petang, beberapa minit selepas SCDF tiba dan ketika anggota sedang dalam proses membawa naik alat menyelamat ke unit tersebut. Pek udara keselamatan nyawa juga sedang dalam perjalanan ke tempat itu," menurut SPF dan SCDF. 

Wanita itu dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri. Dia kemudian ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental (Jagaan dan Rawatan) 2008, kata SPF kepada media pada Rabu (21 Sep). 

"Polis sedia maklum tentang video mengenai insiden itu yang tular online dan ingin menasihatkan orang ramai agar elak menyebarkan video itu dan membuat spekulasi mengenai kes berkenaan," tambahnya. 

Pada Jumaat (23 Sep), SPF dan SCDF juga mengiktiraf usaha dua anggota masyarakat yang melihat wanita itu di belebas dan cuba memujuknya sebelum polis tiba. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan