Pegang teguh nilai-nilai yang satukan SG di tengah pergolakan dunia: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura perlu terus mengangkat nilai saling menghormati dan kepercayaan antara satu sama lain sedang konflik terus berlaku di serata dunia.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata meskipun Singapura tidak dapat mengawal apa yang berlaku di luar negara terutamanya berkaitan dengan ketegangan geopolitik, masyarakat Singapura mempunyai pilihan dalam menentukan tindak balasnya.
“Walaupun kita tidak dapat mengawal apa yang berlaku di luar negara, kita mempunyai pilihan tentang bagaimana kita bertindak balas di tanah air sendiri. Di mana dalam dunia yang semakin tidak menentu, nilai-nilai teras masyarakat kita yang saling menghormati, keharmonian dan kepercayaan antara satu sama lain menjadi pegangan yang menyatukan Singapura,” kata Dr Faishal.
Oleh itu usaha untuk memperkukuh hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama penting katanya.
Antara usaha itu termasuk acara sahur yang dihadiri Dr Faishal pada awal pagi Ahad (1 Mac).
'Sahur Bersama di Pasar Geylang' merupakan acara sahur pertama anjuran masyarakat sendiri.
Ia menghimpunkan sekitar 400 penduduk berbilang kaum dan agama bagi acara yang diadakan di aras dua Pasar Geylang Serai.
Dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Marine Parade-Braddell Heights, M3@Geylang Serai dan Persatuan Peniaga Geylang Serai, inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam untuk lebih memahami bagaimana Ramadan dimulakan setiap hari.

USAHA PERKUKUH INTEGRASI DI PERINGKAT MASYARAKAT
Dalam keadaan dunia yang tidak menentu kini, usaha integrasi katanya perlu digerakkan secara aktif oleh setiap individu tanpa mengira kaum, bahasa dan agama.
"Tanggungjawab itu terletak pada kita semua tanpa mengira bangsa, bahasa dan agama, untuk saling mendekati dan menjangkau masyarakat lain," ujar beliau.
Memetik acara sahur tersebut sebagai contoh, beliau menekankan inisiatif sedemikian menyemai persefahaman dan mengingatkan rakyat Singapura untuk terus saling menjaga satu sama lain.
"Jadi daripada sinilah lahirnya perpaduan yang membolehkan kita hidup bersama secara aman dan penuh ihsan," kata beliau.
Jika lazimnya acara berbuka puasa dianjurkan, acara ini tampilkan kelainan.
Sehubungan itu, ia bertujuan menampilkan satu aspek penting dalam ibadah puasa iaitu bersahur bagi memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang Ramadan kepada masyarakat bukan Islam.
Dr Faishal, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights, turut menyifatkan inisiatif tersebut sebagai hasil kerjasama erat pelbagai badan dan organisasi di peringkat akar umbi.
Beliau menegaskan bahawa keharmonian tidak boleh bergantung kepada undang-undang semata-mata, malah di peringkat akar umbi juga.
PENGALAMAN BERSAHUR PERTAMA BAGI MASYARAKAT BUKAN ISLAM
Para hadirin bangun seawal jam 4 pagi untuk menyertai sahur, malah ada yang mengenakan pakaian tradisional Melayu sebagai tanda sokongan dan kebersamaan.
Bagi ramai, ia merupakan pengalaman pertama.
Seperti Cik Dorothy Pong, 60 tahun, beliau sebelum ini tidak tahu tentang amalan sahur dalam bulan Ramadan.

Selepas memahami bahawa sahur merupakan hidangan pertama sebelum terbit matahari dan permulaan puasa, beliau "berasa berbesar hati dapat turut serta dalam pengalaman tersebut dalam suasana masyarakat berbilang kaum".
Ia turut dirasai Encik Hergobind Arjandas Goklani, 65 tahun.
“Saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam tentang agama Islam dan apa yang dilalui oleh mereka sepanjang berpuasa. Ia satu pengalaman yang sangat baik dan bermakna," ujar beliau yang pertama kali merasai pengalaman bersahur.

Beliau berkata pemahamannya turut dipertingkatkan melalui kit puasa yang diterimanya semasa acara tersebut.
Kit berkenaan mengandungi sampul raya, kurma serta magnet peti sejuk lengkap dengan kod QR bagi sumber maklumat mengenai Ramadan.
AP kawasan itu yang turut hadir termasuk Speaker Parlimen, Seah Kian Peng, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Goh Pei Ming, Cik Tin Pei Ling, Cik Diana Pang dan AP bagi SMC Mountbatten, Gho Sze Kee.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.