Pegang prinsip dan nilai kemanusiaan dalam isu Palestin: Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim berkata beliau faham dan berkongsi keprihatinan masyarakat Melayu/Islam Singapura tentang pergolakan di Palestin.
Sebarang bentuk keganasan atau pembunuhan harus ditolak. Pada masa yang sama menggalakkan keselamatan dan keamanan berkekalan.
"Saya faham tentang perasaan dan juga apa yang masyarakat jangkakan dan saya rasakan apa respon yang telah kita dapat lihat adalah munasabah di mana mereka rasa risau tentang kehidupan anak-anak dan juga ibu-ibu. Bukan sahaja ada yang kehilangan nyawa dan kita dapat lihat bagaimana kehidupan mereka terjejas," kongsi Dr Faishal Ibrahim kepada para wartawan.

Beliau juga tekankan pendirian konsisten pemerintah Singapura berhubung isu Palestin selama ini.
"Kalau kita lihat apa yang telah dilakarkan oleh pemerintah Singapura itu, prinsipnya nyata di mana kita tidak terima pengganasan, pembunuhan ataupun kita lihat di mana apabila pihak Israel tidak benarkan pertolongan kemanusiaan untuk masuk. Kita menggunakan prinsip di mana ini salah, keterlaluan. Jadi pemerintah kalau kita lihat daripada 1960an hingga sekarang, prinsipnya nyata dan konsisten," jelas Dr Faishal.
Dalam mengharapkan keamanan dapat dinikmati penduduk Gaza satu hari kelak, Dr Faishal juga berbangga dengan warga Singapura yang tidak sekadar berpeluk tubuh.
Pelbagai usaha telah dijayakan untuk mengumpul dana dan menghantar bantuan ke Gaza bagi meringankan beban mereka.
"Kita pun tak berdiam diri. Kita melakukan sesuatu untuk menolong apa yang kita boleh lakukan. Justeru kita lihat ke arah usaha RLAF (Yayasan Rahmatan Lil Alamin), Humanity Matters bersama-sama dengan masyarakat Singapura, melakukan apa yang kita boleh menolong dengan secepat mungkin dan kita akan meneruskan usaha ini untuk menolong dan kita sedang memantau situasi ini," kata Dr Faishal.
Sehingga Mac lalu, Singapura sudah menyumbang bantuan bernilai lebih S$19 juta kepada Gaza sejak 7 Oktober 2023.
PUPUK NILAI-NILAI MURNI DALAM MASYARAKAT
Sehubungan dengan itu, Dr Faishal juga mahu bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat yang mendambakan keamanan dan menghormati hak-hak orang lain.

"Saya harap masyarakat kita boleh membangunkan beberapa nilai-nilai yang penting dalam kehidupan kita di mana tidak kira bangsa, agama, negara mana, kita tidak menerima sebarang keganasan. Kita tidak menerima sebarang pembunuhan ataupun kita menghormati hak-hak manusia yang penting dalam konteks kehidupan kita," kata Dr Faishal.
Bagi masyarakat Melayu/Islam pula, Dr Faishal juga berharap mereka akan menolak sebarang bentuk keganasan, ketidakadilan dan pelanggaran hak orang lain di mana sahaja ia berlaku.
"Saya harap kita boleh terus membangunkan nilai-nilai ini. Jadi tidak kira di mana ada pembunuhan di negara bukan Muslim pun kita tidak terima kerana ada kehidupan manusia yang terjejas. Jadi, selagi itu kita tidak mencapai tahap ini, selagi itu kita pembangunan kita sebagai seorang insan di dunia ini masih belum cukup," luah Dr Faishal.
"Kita harus bekerjasama dengan golongan asatizah, golongan cendekiawan dan juga golongan literati untuk menerapkan nilai-nilai murni orang Melayu, orang Islam supaya bukan sahaja kita maju dalam aspek pendidikan kerjaya tetapi hati kita, nilai kita sebab sebagai seorang manusia itu adalah seorang insan yang menjaga keperluan, kemaslahatan, keselamatan seorang insan yang lain," tambahnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.