Pedofil dihukum penjara, rotan kerana paksa anak kekasih lakukan aksi lucah
Seorang pedofil yang pernah dihukum penjara sabit kesalahan penderaan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun, mengulangi kesalahannya kurang dua tahun selepas dibebaskan.
Gambar fail Mahkamah Tinggi Singapura. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Seorang pedofil yang pernah dihukum penjara sabit kesalahan penderaan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun, mengulangi kesalahannya kurang dua tahun selepas dibebaskan. Kali ini, lelaki tersebut memaksa anak perempuan temanitanya yang berusia lapan tahun untuk melakukan aksi seks dengan abang budak itu yang berusia sembilan tahun.
Setelah mendapat kepercayaan ibu kanak-kanak tersebut, lelaki berkenaan sering membawa adik beradik itu bermalam di hotel di mana dia akan memaksa mereka melakukan kegiatan seksual supaya dapat merakam aksi lucah kanak-kanak.
Atas pelbagai jenayah yang dilakukannya itu, lelaki berusia 47 berkenaan dihukum penjara 24 tahun pada Jumaat (17 Jul) selain dikenakan 24 sebatan.
Nama lelaki itu tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.
Mahkamah diberitahu, lelaki itu menemui ibu mangsa di tempat kerja di mana dia adalah penyelia wanita itu yang bekerja sebagai pembersih. Dia mula menjalin hubungan dengan wanita tersebut yang kemudian mengenalkan anak-anaknya kepada lelaki tersebut.
Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut meminta izin wanita tersebut untuk membawa kedua-dua anaknya bermalam dengannya di Seng Wah Hotel di Geylang, dengan alasan untuk meluangkan masa bersama mereka.
Disebabkan wanita itu mempercayai lelaki tersebut, beliau membenarkan anak-anaknya menemani pesalah. Lelaki itu sering membawa mereka keluar makan, bermain di arked dan bermalam bersamanya.
DERA ADIK BERADIK SECARA SEKSUAL ANTARA 2012 DAN 2014
Lelaki tersebut mula membawa adik beradik berkenaan ke hotel di Geylang itu pada 2012.
Dia akan memaksa mereka menonton filem lucah dan mengarah mereka melakukan semula adegan seks sebelum merakam mereka.
Lelaki itu juga melakukan serangan seksual ke atas mereka sepanjang tiga tahun antara 2012 hingga 2014, dengan rekod hotel menunjukkan dia berada di hotel itu sebanyak 24 kali.
Dia juga mengugut untuk hukum mereka secara fisikal dan jangan memberitahu sesiapa tentang perbuatan mereka.
Tindakannya itu hanya berhenti apabila budak perempuan tersebut memberitahu ibunya dia tidak lagi mahu berjumpa lelaki berkenaan.
Mahkamah diberitahu bahawa, budak itu memberitahu ibunya lelaki tersebut memukul mereka berdua tetapi tidak mendedahkan mereka didera secara seksual kerana "rasa malu dan takut"tidak akan dipercayai ibu bapanya.
JUMPA SEMULA PADA 2018
Empat tahun kemudian pada 2018, lelaki itu terserempak dengan adik beradik tersebut dan memberi mereka nombor telefonnya.
Remaja perempuan tersebut yang ketika itu berusia 14 tahun menghubunginya untuk meminta rokok.
Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu menyuruh remaja tersebut datang sendirian di flatnya di mana mereka mengadakan hubungan seksual dengan tertuduh kemudian memberinya rokok dan wang sebagai ganti.
Remaja itu terus berjumpa lelaki tersebut untuk mengadakan hubungan seks sebagai ganti bagi rokok dan wang. Remaja itu juga membenarkan lelaki itu merakamnya.
Lelaki itu juga meminta remaja tersebut memberinya klip audio dia mengadakan hubungan seks dengan orang lain sebagai ganti bagi rokok dan wang.
Kesalahan itu hanya terbongkar pada 2019, apabila abang remaja itu ditangkap kerana mencuri dan mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur.
Semasa menjalani penilaian psikologi wajib di Institut Kesihatan Mental selepas didakwa, remaja lelaki itu mengaku menjadi mangsa penderaan seksual semasa kecil.
Polis melancarkan siasatan terhadap kes itu dan lelaki tersebut ditangkap pada Januari 2019.
Kedua-dua adik beradik menjalani penilaian psikologi selepas jenayah terhadap mereka terbongkar.
Pesalah lelaki itu juga diperiksa di IMH selepas ditangkap.
Dia didapati pernah dipenjara dari 2010 hingga 2011 kerana mencabul anak perempuannya yang berusia empat tahun.
Lelaki itu didiagnos sebagai pedofil dengan risiko tinggi melakukan kesalahan, berdasarkan interaksi seksual dengan mangsa dan tindakan berulangnya dengan kanak-kanak yang semakin memburuk.
Dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan serangan seksual ke atas mangsa bawah umur dan satu tuduhan bersubahat secara menghasut untuk melakukan serangan seksual ke atas mangsa bawah umur.
13 lagi tuduhan diambil pertimbangan dalam menetapkan hukuman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.