PEC 'tidak tahu' tentang catatan media sosial Tan Kin Lian sebelum sijil kelayakan dikeluarkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Facebook/Tan Kin Lian)
SINGAPURA: Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden tidak mengetahui tentang catatan media sosial Encik Tan Kin Lian sebelum sijil kelayakan diberikan kepadanya dan ia "tidak berhak di sisi undang-undang" untuk mengubah keputusannya.
Pada Isnin (21 Ogos), Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) menyuarakan keprihatinan terhadap penyertaan Encik Tan dalam Pilihan Raya Presiden, disebabkan "sejarahnya merendahkan martabat wanita" di media sosial.

Dalam respons kepada soalan media, PEC menyatakan pada Isnin malam bahawa ia tidak mengetahui tentang catatan Encik Tan sebelum sijil kelayakan dikeluarkan.
"Oleh itu, pemberian sijil itu tidak boleh dianggap sebagai sokongan oleh PEC kepada catatan-catatan media sosial Encik Tan," menurut jawatankuasa itu.
Selepas sijil kelayakan dikeluarkan, PEC "tidak berhak untuk menyemak semula keputusan asalnya di sisi undang-undang untuk mengesahkan atau menarik balik sijil yang dikeluarkan sebelum itu".
"Sebarang fakta tambahan mengenai calon yang menjadi perhatian kepada orang awam selepas sijil calon dikeluarkan, adalah untuk dipertimbangkan dan dinilai oleh pengundi sebelum mereka mengundi."
Jawatankuasa tersebut tidak menyemak setiap catatan media sosial calon sebelum mengeluarkan atau menolak sijil kelayakan, tambah PEC.
"Sekalipun demikian, jika sebarang komen dibuat oleh calon di media sosial atau saluran media lain dikemukakan kepada PEC sebelum sijil kelayakan dikeluarkan atau ditolak, PEC akan mempertimbangkannya dalam penilaian kelayakan calon tersebut."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.