Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PCF Sparkletots Hougang ditutup 10 hari setelah guru dijangkiti COVID-19

Sebuah pusat prasekolah Sparkletots kendalian Yayasan PAP (PCF) di Hougang akan ditutup selama 10 hari setelah seorang guru yang menyediakan program pencelahan kepada sekumpulan kanak-kanak di prasekolah itu, diuji positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
PCF Sparkletots Hougang ditutup 10 hari setelah guru dijangkiti COVID-19

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 06 Apr 2020 12:31PM Dikemas Kini : 06 Apr 2020 12:37PM

SINGAPURA: Sebuah pusat prasekolah Sparkletots kendalian Yayasan PAP (PCF) di Hougang akan ditutup selama 10 hari setelah seorang guru yang menyediakan program pencelahan kepada sekumpulan kanak-kanak di prasekolah itu, diuji positif COVID-19.

Pendidik itu ialah seorang karyawan para-pendidikan bukan dari PCF, menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada Isnin (6 Apr).

Beliau kali terakhir berada di PCF Sparkletots Preschool @ Bedok Reservoir-Punggol Blk 414 pada 1 April dan mula mengalami gejala pada keesokan harinya. Sekolah itu terletak di Blk 414 Hougang Avenue 10.

Pengesanan kontak sedang dilakukan.

ECDA, yang dimaklumkan mengenai insiden itu pada 5 Apr, mengarahkan agar pusat tersebut ditutup dari 6 hingga 15 Apr.

“Penutupan sementara ini meliputi tempoh inkubasi 14 hari kerana guru itu kali terakhir berada di pusat tersebut pada 1 Apr," jelas ECDA.

"Selain itu, semua kakitangan dan kanak-kanak terjejas akan dikenakan cuti ketidakhadiran semasa tempoh itu. Kecuali terdapat perkembangan lanjut, prasekolah itu akan menyambung perkhidmatan terhad pada 16 April, bagi ibu bapa yang bekerja dalam perkhidmatan penting dan tidak dapat mengaturkan penjagaan alternatif selepas tempoh penutupan," tambah ECDA.

Pusat tersebut juga akan menjalankan pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman di premis prasekolah itu dan sedang memantau rapi keadaan kesihatan para kakitangan, ibu bapa dan kanak-kanak.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan