Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PCF Sparkletots Chua Chu Kang ditutup; 2 murid positif COVID-19

Sebuah prasekolah PCF Sparkletots di Chua Chu Kang ditutup bagi kerja-kerja pembasmian kuman setelah dua kanak-kanak yang bersekolah di pusat itu diuji positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
PCF Sparkletots Chua Chu Kang ditutup; 2 murid positif COVID-19

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 07:42AM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 07:44AM

SINGAPURA: Sebuah prasekolah PCF Sparkletots di Chua Chu Kang ditutup bagi kerja-kerja pembasmian kuman setelah dua kanak-kanak yang bersekolah di pusat itu diuji positif COVID-19.

Dalam surat kepada para ibu bapa yang dilihat oleh Mediacorp, Cik Janica Ng, ketua pengetua eksekutif pusat itu, berkata bahawa prasekolah berkenaan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada lewat petang Selasa (13 Jul) bahawa seorang kanak-kanak dari K1 diuji positif virus tersebut.

Beliau menambah MOH mengesahkan pada Rabu (14 Jul) bahawa seorang kanak-kanak dari sebuah kumpulan bermain turut diuji positif COVID-19. Murid-murid itu adalah adik-beradik daripada keluarga yang sama.

Mereka kali terakhir berada di prasekolah itu pada Isnin (12 Jul) dan menjalani semua pemeriksaan kesihatan dan suhu badan tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda tidak sihat.

Pusat prasekolah PCF Sparkletots berkenaan terletak di Brickland Blok 801, Keat Hong Close.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, Cik Marini Khamis, pengarah kanan Divisyen Pengurusan Prasekolah PCF berkata: "Kesihatan dan keselamatan kanak-kanak dan para kakitangan menjadi keutamaan kami dan kami sedang memantau situasi dengan teliti bersama MOH dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA)."

Dalam surat itu, Cik Ng berkata sebagai langkah berjaga-jaga, semua kanak-kanak dan kakitangan daripada kelas-kelas kumpulan bermain sehingga K2 yang hadir ke sekolah bersama kedua-dua murid-murid yang terjejas akan diberikan cuti ketidakhadiran dari 14 Julai hingga 26 Julai.

Pusat itu ditutup dari Rabu hingga Khamis bagi kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh premis dan peralatan di pusat itu.

"Pengesanan kontak masih dijalankan dan MOH mungkin menghubungi ibu bapa kanak-kanak yang didaftarkan di pusat-pusat itu juga," kata Cik Ng dalam suratnya.

Beliau juga berkata selain daripada sebarang perkembangan tidak diduga, khidmat jagaan bayi akan disambung semula pada Jumaat, manakala kelas-kelas kumpulan bermain sehingga K2 akan disambung semula pada 27 Julai.

Cik Marini menambah: "Kami akan terus berhubung rapat dengan para ibu bapa untuk mendapatkan kemas kini tentang perkembangan anak-anak mereka."

"Kami juga bersedia untuk membuat penyesuaian atau meningkatkan langkah-langkah kami dengan sewajarnya atau setelah dinasihati oleh ECDA."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan