Skip to main content

Singapura

PCF bakal buka lebih banyak pusat penuaan aktif, jagaan warga emas

Lebih banyak Pusat Penuaan Aktif dan Pusat Jagaan Warga Emas dijangka dibuka di merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jul 2025 07:26PM Dikemas Kini : 13 Jul 2025 11:40PM
  • Lebih banyak Pusat Penuaan Aktif dan Pusat Jagaan Warga Emas dijangka dibuka di merata Singapura.
  • Perdana Menteri Lawrence Wong berkata sedang penduduk Singapura semakin menua, pemerintah juga akan melakukan lebih banyak usaha demi menjaga warga emas.
  • Yayasan Masyarakat PAP (PCF) misalnya akan membuka lebih banyak pusat penuaan aktif dan pusat warga emas di merata negara.
  • Di acara tersebut, PCF mendermakan S$60,000 kepada enam pertubuhan amal, bagi menandakan ulang tahun Singapura yang ke-60.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Lebih banyak Pusat Penuaan Aktif dan Pusat Jagaan Warga Emas dijangka dibuka di merata Singapura.

Ini sedang Yayasan Masyarakat PAP (PCF) berusaha meluaskan khidmat jagaan warga emasnya.

Perdana Menteri Lawrence Wong berkata sedang penduduk Singapura semakin menua, pemerintah juga akan melakukan lebih banyak usaha demi menjaga warga emas.

Namun pemerintah memerlukan bantuan rakan-rakan kerja seperti PCF.

Ini bukan soal menyokong warga emas sahaja, malah juga para penjaga mereka, kata PM Wong.

Walaupun pemerintah memperkenalkan inisiatif-inisiatif bagi memastikan warga emas kekal sihat dan aktif selama mungkin, ia juga menimbang untuk mengukuhkan khidmat jagaan.

Yayasan Masyarakat PAP (PCF) misalnya akan membuka lebih banyak pusat penuaan aktif dan pusat warga emas di merata negara.

Kata PM Wong: "Ramai warga emas berkata mereka mahu menjalani usia lanjut di tempat sama - mereka tidak mahu berpindah dan kami memahami akan perkara itu. Maka itu, kami juga sedang meningkatkan khidmat kami untuk menyediakan lebih banyak khidmat jagaan bagi warga emas di mana-mana sahaja mereka berada."

"Banyak usaha sebegini baru sahaja dimulakan. Masih banyak, banyak lagi yang perlu dilakukan, dan kami akan berkongsi lebih banyak rancangan kami apabila kami sudah bersedia. Jadi, pemerintah akan melakukan banyak lagi, tetapi kami tidak akan melakukannya sendirian. Kami perlukan rakan-rakan kerja untuk usaha ini dan pertubuhan - pertubuhan sosial dan agensi seperti PCF juga punya peranan," tambah beliau.

Bercakap di acara Hari Keluarga PCF pada Ahad (13 Jul), PM Wong berkata pemerintah akan terus menyokong keluarga-keluarga di setiap peringkat kehidupan mereka.

Beliau juga menarik perhatian kepada bagaimana PCF, yang mengendalikan prasekolah, boleh memainkan peranan dalam memupuk persefahaman antara generasi secara lebih mendalam.

"PCF akan ditempatkan di mana sahaja kita diperlukan, sama ada sebuah pusat jagaan kanak-kanak atau kelab masyarakat. Di mana sahaja kita diperlukan. Sejauh ini, kita berada di merata negara, terutama sekali bersebelahan sebuah pusat prasekolah adalah berguna, kerana saya fikir kegiatan antara generasu adalah kegiatan penting bagi kita semua," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Masyarakat PAP (PCF).

Di acara tersebut, PCF mendermakan S$60,000 kepada enam pertubuhan amal, bagi menandakan ulang tahun Singapura yang ke-60.

Enam pertubuhan itu bekerjasama dengan pelbagai penerima, termasuk golongan daripada keluarga berpendapatan rendah dan ibu tunggal.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita