PCF akan tambah 2,500 tempat untuk prasekolah jelang akhir 2023, tubuh lebih banyak pusat jagaan warga emas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan Mayarakat PAP (PCF) akan menambah hampir 2,500 tempat untuk prasekolah menjelang akhir tahun depan, sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk meningkatkan perkhidmatan prasekolah dan penjagaan warga emas pada tahun-tahun akan datang.
PCF juga merancang untuk menubuhkan lebih banyak pusat jagaan warga emas dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan Pusat Jagaan Sparkle PCF kelapannya di Bukit Panjang dijadualkan dibuka pada 2024 atau 2025.
Ini diumumkan pada Hari Keluarga tahunan PCF pada Ahad (11 Sep) di Taman Haiwan Singapura. Acara itu diadakan buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 melanda pada 2020, dengan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Lawrence Wong hadir sebagai tetamu terhormat.
PCF Sparkletots ialah pengendali prasekolah terbesar di Singapura, dengan lebih 40,000 kanak-kanak berdaftar di kira-kira 360 prasekolahnya di merata negeri.
LEBIH BANYAK TEMPAT DI KAWASAN PERMINTAAN TINGGI
PCF akan menambah bilangan tempat untuk prasekolah di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi, sama ada melalui penubuhan prasekolah baru atau menambah kapasiti di lokasi sedia ada, kata Cik Marini Khamis, pengarah kanan bahagian pengurusan prasekolah PCF.
Beliau menarik perhatian permintaan biasanya lebih tinggi di bandar baru seperti Bidadari dan Tampines North, di mana terdapat lebih ramai keluarga dengan anak kecil.
Pada Julai lalu, Mediacorp melaporkan bahawa 20 peratus daripada keseluruhan tempat untuk prasekolah di seluruh pulau tidak diisi setakat 2021. Ini tidak termasuk tadika Kementerian Pendidikan.
Bagaimanapun, di beberapa estet baru seperti Punggol, penduduk sering diletakkan dalam senarai menunggu yang panjang apabila mereka cuba mendaftarkan anak mereka ke prasekolah berdekatan.
Para pakar dan pihak berkepentingan industri berkata permintaan dan bekalan mungkin tidak sepadan, dengan beberapa prasekolah di estet lama bergelut dengan jumlah pendaftaran yang berkurangan.
PCF juga memaklumkan pada Ahad, bahawa pada awal tahun depan, 260 prasekolah akan mempunyai "penyelaras inklusif" untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi mempunyai keperluan pembangunan dan memberi mereka "bantuan bersasar".
Tugas penyelaras ini, ialah untuk menghubungkan ibu bapa dan guru kepada pasukan pendidikan inklusif.
Langkah tersebut pertama kali diumumkan di Parlimen tahun lalu, bersama-sama inisiatif lain untuk menyokong kanak-kanak prasekolah dengan keperluan pembangunan.
Menjelang 2024, PCF juga akan melancarkan program Stemie (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik, Rekacipta dan Keusahawanan) di semua 320 pusat tadikanya.
Ini akan memberi manfaat kepada hampir 50,000 kanak-kanak, lebih tiga kali ganda daripada 13,500 kanak-kanak yang sedang menjalani program itu, kata PCF.
Pembelajaran Stemie mula diperkenalkan di sekolah PCF Sparkletots pada 2018. Di bawah program itu, guru akan mengajukan soalan dan perbincangan tentang isu yang memerlukan huraian, sebelum kanak-kanak menyelidik isu tersebut melalui buku, internet atau bercakap dengan keluarga dan rakan mereka.
LEBIH BANYAK PUSAT PENJAGAAN WARGA EMAS
Menurut PCF ia juga merancang untuk menubuhkan lebih banyak pusat jagaan warga emas dalam tempoh lima tahun akan datang, sejajar dengan sasaran Kementerian Kesihatan untuk memperluaskan perkhidmatan penjagaan warga emas sedang penduduk Singapura semakin menua.
Sekarang ini terdapat tujuh Pusat Jagaan PCF Sparkle yang menampung 440 pelanggan dalam perkhidmatan jagaan harian, serta 430 pelanggan yang menjalani terapi pemulihan.
Pusat terbaru akan didirikan di Bukit Panjang. Kerja-kerja pembangunan akan bermula pada 2024, dan dijadualkan dibuka pada tahun yang sama atau tahun berikutnya.
PCF menyatakan ia juga berharap dapat menyediakan khidmat pusat penjagaan warga emas - termasuk program penuaan aktif, program berkawan pendampingan dan khidmat rujukan - di pusat jagaan warga emas terpilih.
Berucap pada Ahad, DPM Wong berkata Singapura "harus terus bersatu padu" semasa menghadapi "cabaran baru sebagai sebuah masyarakat".
“Singapura mesti sentiasa menjadi masyarakat yang menyediakan peluang kepada semua orang, tanpa mengira latar belakang dan titik permulaan kami. Pada masa yang sama, kita mesti terus memberi jaminan dan menjaga antara satu sama lain, terutamanya mereka yang memerlukan penjagaan yang lebih besar, seperti warga emas kita,” tambahnya.
Encik Wong berkata atas sebab itu Pemerintah memulakan gerakan Melakar Hala Tuju Singapura — perundingan awam baru sepanjang tahun untuk mendapatkan pandangan tentang dasar negara.
“Jika kita semua bekerjasama dan melakukan bahagian kita, saya yakin kita boleh terus membina Singapura yang lebih baik untuk tahun-tahun akan datang.”

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.