PBB iktiraf kemampuan SCDF lakukan operasi bantuan bencana 24 jam sehari
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan 'Operation Lionheart' Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sering menyahut panggilan bantuan kecemasan di tapak-tapak bencana paling dahsyat di dunia.
Untuk kekal sebagai antara pasukan mencari dan menyelamat (S&R) paling handal di peringkat global, ia mesti lulus penilaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setiap lima tahun.
Tahun ini, pasukan itu sekali lagi diuji menerusi simulasi bencana besar-besaran.
Bahkan, selama beberapa dekad, SCDF dikerahkan ke antara tapak bencana paling buruk di dunia.
Ini termasuk Myanmar tahun ini, Turki pada 2023 dan Aceh pada 2004.
Namun untuk mampu bertindak balas semasa krisis, persediaan rapi mesti dilakukan di masa-masa aman di tanah air sendiri.
Setiap lima tahun, SCDF akan menjalani salah satu ujian paling sukar bagi respons bencana global - iaitu satu latihan klasifikasi oleh Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa PBB (INSARAG).
PBB menilai setiap pasukan berdasarkan tiga kategori bencana - "ringan", "sederhana" atau "berat".
SCDF berjaya mengekalkan rating yang tertinggi, iaitu "berat" sepanjang 17 tahun yang lalu.
Ini bermakna, pasukannya boleh bertugas secara berterusan selama 10 hari di dua tapak bencana secara serentak.

Pengarah di Jabatan Latihan & Pembangunan Profesional SCDF, Chew Keng Tok berkata: "Terdapat piawai minimum yang harus dicapai sesebuah pasukan.
"Jika mana-mana daripada 172 syarat tidak dipenuhi, mereka tidak akan lulus pentauliahan. Ia sangat ketat. Kami mahu melangkaui itu.
"Banyak huraian teknologi sudah diperkenalkan ke dalam pasukan. Banyak peralatan moden juga diterapkan, daripada robot, sofwe kepada peralatan baharu, hinggalah diri kami sendiri - menerusi penyertaan anggota baharu yang cukup terlatih."
Sepanjang tempoh beberapa hari, SCDF perlu buktikan kemampuan menangani situasi paling parah - seperti runtuhan bangunan, mangsa yang tertimbus dan keadaan huru-hara.
Kali ini juga, bukan sahaja pasukan SCDF yang dikerahkan, malah termasuk robot, alat sensor dan kecerdasan buatan (AI).
Antaranya termasuk lipas robot yang boleh membantu menyelamatkan nyawa.
Dengan kamera yang dipasang, ia boleh merayap di celah-celah runtuhan untuk mengesan mangsa yang masih hidup.
Di luar zon bencana pula, SCDF kini sedang menyelaraskan teknologi canggih serta melatih generasi yang baharu, demi memperluaskan peranannnya bagi misi keamanan global di masa hadapan.
PENILAIAN 4 HARI
Pasukan pemeriksaan PBB pada Jumaat menamatkan ujian penilaian selama empat hari terhadap pasukan penyelamat SCDF.
Dalam satu majlis yang sederhana, pasukan 'Operation Lionheart' menerima lencana baharu daripada INSARAG.
Pada 2008, pasukan mencari dan menyelamat tersebut merupakan yang pertama dari Asia Pasifik untuk diberi pengiktirafan tertinggi, iaitu status "Berat".
Status tersebut berjaya dikekalkan bagi penilaian seterusnya pada 2013 dan 2018.
Sejak ditubuhkan pada 1990, pasukan SCDF tu sudah dikerahkan ke 21 misi di luar negara.
Sempena pencapaian terbaharunya, sebuah buku digital dilancarkan pada Jumaat di lamannya bagi memperingati 35 tahun sejak misi luar negara pertama pasukan itu.
Di Asia Tenggara, hanya pasukan penyelamat dari Singapura dan Malaysia berjaya meraih status "Berat".
Wakil INSARAG PBB, Winston Chang, berkata: "Sistem INSARAG PBB mempunyai 58 negara dan pasukan di seluruh dunia yang beroperasi mengikut piawaian yang sama. Apabila dikerahkan ke lapangan, seperti ketika pasukan Singapura berada di Myanmar, ia bergerak dalam sistem yang sepadu.
"Mereka beroperasi dengan mekanisme yang diselaraskan, dan ini bermakna, operasi yang lancar di lapangan."

Sumber : CNA/NY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.