Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PayLah! kini diterima pusat beli-belah, pasar raya popular Johor

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Terlupa untuk membawa mata wang ringgit Malaysia yang mencukupi untuk ke seberang tambak?

Para pelanggan DBS Paylah! kini boleh membuat pembayaran menerusi kod QR UnionPay apabila melakukan perjalanan ke Malaysia dan mengunjungi destinasi-destinasi pelancongan yang lain.

Menurut jurucakap UnionPay pada Jumaat (17 Mac), kod QRnya kini diterima di lebih 150,000 terminal peniaga merata Malaysia.

Ini termasuk stesen minyak, pasar raya dan pusat beli-belah popular di Malaysia seperti Paradigm Mall, KSL Mall dan The Mall - Mid Valley Southkey, yang kerap dikunjungi ramai warga Singapura, tambah urucakap DBS pada Sabtu (18 Mac).


Kod QR UnionPay juga boleh digunakan di lebih 40 juta peniaga di sebanyak 45 pasaran merata dunia, termasuk di destinasi-destinasi yang popular dalam kalangan warga Singapura seperti Australia, China, Hong Kong, Jepun, Korea, Thailand dan Vietnam dan banyak lagi, dedah syarikat khidmat kewangan itu.


Ketika membuat pembayaran menggunakan kod QR apabila berada di luar negara, pertukaran mata wang akan dilakukan secara automatik menerusi aplikasi DBS Paylah!.

Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai kadar pertukaran wang, jurucakap DBS berkata pada Sabtu: "Pertukaran mata wang adalah berdasarkan kadar semasa antara bank borong atau kadar yang diluluskan pemerintah, yang akan ditentukan oleh UnionPay.

"Para pengguna akan dapat melihat kadar pertukaran mata wang pada aplikasi PayLah!, di bawah halaman 'Review Transaction', sebelum membuat pembayaran."

DBS menambah, kadarnya "kekal berdaya saing" berhubung bahagiannya dalam pertukaran mata wang itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan