Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pawagam The Cathay di Handy Road bakal tutup tirai, The Projector ambil alih mulai 23 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Pawagam The Cathay di Handy Road bakal tutup tirai, The Projector ambil alih mulai 23 Ogos

(Gambar: Cathay Organisation Holdings)

SINGAPURA: Pawagam The Cathay di Handy Road akan menayangkan filem terakhirnya pada 26 Jun sebelum menutup tirai dan menyerahkan ruang panggung di bangunan ikonik itu kepada pengendali pawagam bebas The Projector.

Menurut Pertubuhan Cathay dalam satu kenyataan media pada Jumaat (17 Jun), The Projector akan mula beroperasi dari 23 Ogos. Pawagam itu yang ketiga dikendalikan The Projector dengan dua lagi terletak di Golden Mile Tower dan Riverside Point.

Pawagam terbaru The Projektor itu akan dikenali sebagai Projector X: Picturehouse — dinamakan sempena memberi penghormatan kepada sejarah seni bina bangunan mercu tanda di Handy Road itu, kata Pertubuhan Cathay.

Cawangan Cathay Cineplex di bangunan The Cathay, telah beroperasi sejak zaman sebelum perang. Ia telah dibangunkan semula dan dibuka pada 2006 untuk menempatkan pawagam, pusat beli-belah dan kediaman privet.

Cawangan Cathay Cineplex itu dikendalikan syarikat filem dan pengedaran Singapura MM2. Tempoh pajakannya berakhir pada 23 Julai.

Pertubuhan Cathay berkata: “Kami teruja untuk menggunakan semula pawagam itu menjadi ruang alternatif untuk menikmati filem, penerbitan teater secara langsung, seni persembahan dan muzik secara langsung, dengan jenama Projektor, di tengah-tengah kawasan kreatif Bras Basah Bugis.”

Tambahnya, perubahan itu juga akan membuka peluang kerjasama bakat kreatif di sini dan di luar negara meliputi pelbagai disiplin, yang sebelum ini mungkin "mempunyai akses terhad kepada ruang dan platform".

Cik Karen Tan, pengasas The Projector, berkata: “Kami gembira dengan peluang unik ini untuk meneroka dan bereksperimen di The Cathay, pawagam ikonik dari tahun 1939, yang mempunyai sejarah lampau dan sinonim dengan pengalaman sinematik tempatan.”

Menurut Encik Chang Long Jong, ketua pegawai eksekutif kumpulan syarikat media mm2 Asia, dalam catatan di Facebook Cathay Cineplexes: "Penutupan pawagam itu adalah satu keputusan perniagaan. Selama bertahun-tahun, demografi perniagaan runcit telah berubah,' katanya.

“Kami terpaksa menilai daya maju komersil mengendalikan dua pawagam di kawasan beli-belah Orchard dalam jarak 1.5 kilometer antara satu sama lain dan dalam jarak 300 meter dari multipleks yang lain.”

Syarikat tersebut juga mengendalikan cawangan Cathay Cineplex Cineleisure yang mempunyai sembilan panggung wayang di bangunan Cathay Cineleisure di Grange Road.

"Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan pawagam kami, rakan kongsi studio dan pembekal atas sokongan berterusan mereka."
Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan