Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pautan pada kiriman SMS, emel dari bank akan digugurkan; langkah lindungi pengguna diperketatkan

Bank-bank di Singapura akan menggugurkan pautan dalam emel atau SMS yang dihantar kepada para pelanggan runcit dan menetapkan pemberitahuan bagi nilai ambang pindahan dana secara elektronik kepada para pelanggan pada $100 atau lebih rendah daripada itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bank-bank di Singapura akan menggugurkan pautan dalam emel atau SMS yang dihantar kepada para pelanggan runcit dan menetapkan pemberitahuan bagi nilai ambang pindahan dana secara elektronik kepada para pelanggan pada $100 atau lebih rendah daripada itu.

Ini sebagai sebahagian daripada langkah-langkah untuk melindungi para pemilik akaun daripada penipuan.

Perubahan-perubahan itu diumumkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank Singapura (ABS)dalam satu kenyataan media bersama pada Rabu (19 Jan), yang akan dikuatkuasakan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Langkah-langkah baru itu diumumkan selepas sekurang-kurangnya 469 pelanggan terjejas oleh penipuan menerusi SMS yang menyasarkan para pelanggan OCBC, melibatkan kerugian sekurang-kurangnya S$8.5 juta.

Dalam kenyataan bersama itu, MAS dan ABS menyatakan bahawa langkah-langkah tersebut akan mempertingkatkan tahap keselamatan perbankan digital, memanjangkan masa yang perlu diambil untuk melakukan urus niaga perbankan online tertentu dan menyediakan satu lagi tahap perlindungan tambahan untuk menjaga wang simpanan pelanggan.

Langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan oleh bank-bank di sini termasuk:

- Melengahkan tempoh mengaktifkan token digital pada telefon bimbit selama sekurang-kurangnya 12 jam

- Menghantar mesej pemberitahuan kepada nombor telefon atau emel yang didaftarkan dengan pihak bank apabila terdapat permohonan untuk menukar nombor telefon atau alamat emel pelanggan

- Memperkenalkan tempoh bertenang sebelum memenuhi permohonan bagi sebarang perubahan penting pada akaun pengguna seperti butiran peribadi pelanggan

- Menubuhkan pasukan khidmat pelanggan yang berdedikasi dan terlatih untuk menangani maklum balas mengenai kemungkinan berlaku kes penipuan berdasarkan keutamaan

- Hantar secara lebih kerap makluman untuk meningkatkan kesedaran tentang sebarang kes penipuan

"MAS menjangkakan semua institusi kewangan akan melaksanakan langkah-langkah menyeluruh bagi mencegah dan mengesan penipuan serta pengendalian insiden dan perkhidmatan pelanggan yang berkesan sekiranya berlaku penipuan," menurut kenyataan itu.

"Ancaman daripada penipuan untuk memancing data peribadi yang semakin meningkat mewajarkan langkah-langkah segera diambil bagi mengetatkan lagi kawalan, sedang langkah-langkah pencegahan jangka panjang dinilai sebelum ia dilaksanakan dalam masa beberapa bulan akan datang."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan