Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Paul Immigrations meterai janji pematuhan bersama CASE henti amalan tidak saksama

Sebuah syarikat runding cara yang mempunyai kepakaran khusus dalam permohonan status penduduk tetap Singapura memeterai perjanjian bersama Persatuan Pengguna Singapura (CASE) untuk berhenti memberi maklumat mengelirukan kepada orang ramai tentang kadar kejayaan khidmatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Paul Immigrations meterai janji pematuhan bersama CASE henti amalan tidak saksama

Petikan skrin.

Diterbitkan : 17 Nov 2021 02:39PM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 02:42PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat runding cara yang mempunyai kepakaran khusus dalam permohonan status penduduk tetap Singapura memeterai perjanjian bersama Persatuan Pengguna Singapura (CASE) untuk berhenti memberi maklumat mengelirukan kepada orang ramai tentang kadar kejayaan khidmatnya.

CASE pada Rabu (17 Nov) menyatakan bahawa di bawah perjanjian pematuhan secara rela yang dimeterai pada 7 September itu, syarikat Paul Immigrations juga menyatakan komitmen untuk berhenti menggunakan tekanan tidak wajar ke atas pengguna untuk mendapatkan khidmatnya serta memperuntukkan tempoh bertenang lima hari bagi mereka yang mahu membatalkan kontrak.

Ini selepas CASE menerima 58 aduan terhadap syarikat itu antara 1 Januari 2020 dengan 30 September tahun ini.

Paul Immigrations menawarkan kepakaran dalam permohonan status penduduk tetap Singapura. Khidmatnya, yang dijual kepada pengguna dalam satu pakej, termasuk memberi nasihat tentang proses permohonan, menyiapkan dokumen yang perlu serta menulis surat bagi pihak pemohon.

"Secara amnya, pelanggan mengadu bahawa syarikat itu memberi maklumat mengelirukan tentang kadar kejayaan permohonan PR mereka termasuk memberi jaminan bahawa permohonan mereka akan diluluskan," menurut CASE.

Pengguna juga mengadu bahawa perunding syarikat itu mengenakan tekanan sewaktu menjual produk mereka seperti berkali-kali mendesak mereka supaya mendaftar bagi pakej dengan tawaran diskaun dan bayaran ansuran meskipun mereka sudah menolak tawaran itu atau meminta lebih banyak masa untuk mempertimbangkannya.

"Di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Saksama) (CPFTA), sesuatu amalan itu ditetapkan sebagai tidak adil apabila seorang penyedia memberi dakwaan palsu atau mengelirukan dan memberi tekanan tidak sewajarnya atau mempengaruhi pengguna untuk berurus niaga," menurut CASE.

Menjawab aduan-aduan itu, CASE menyatakan ia melaksanakan kuasanya di bawah CPFTA dan mempelawa Paul Immigrations untuk menandatangani perjanjian pematuhan secara sukarela untuk "menghentikan amalan tidak adil dan membayar ganti rugi kepada pengguna yang terjejas".

Di bawah syarat perjanjian itu, Paul Immigrations bersetuju untuk tidak membuat sebarang dakwaan atau jaminan tentang kadar kejayaan khidmat permohonan bagi status penduduk tetap Singapura.

Ia juga bersetuju untuk menurunkan semua dakwaan mengelirukan daripada laman dan bahan-bahan pemasarannya serta tidak akan membuat sebarang dakwaan atau rujukan yang diketahui berhubung maklumat dan proses yang dikaitkan dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Dalam pada itu, syarikat tersebut bersetuju untuk tidak membuat sebarang dakwaan mahupun rujukan bahawa kakitangannya sedang atau sebelum ini bekerja bersama ICA.

Ia juga bersetuju untuk memberi tempoh bertenang lima hari bagi pengguna membatalkan kontrak dan memulangkan wang mereka dalam tempoh 30 hari selepas pelanggan menghantar notis pembatalan bertulis kepada syarikat itu.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan