Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Patung Raffles, Wallich di Fort Canning: SG tidak agungkan sejarah zaman kolonial, kata Desmond Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mempunyai "pandangan yang jelas" mengenai sejarah zaman kolonialnya dan tidak mengagungkan atau meraikannya.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Selasa (3 Jul) mengenai patung Sir Stamford Raffles dan Dr Nathaniel Wallich yang baru didirikan di Taman Fort Canning.

Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Usha Chandradas bertanya mengenai sebab patung tersebut didirikan, kerana terdapat trend yang menentang penjajahan dan "penilaian semula tentang sejarah kolonial" baru-baru ini.

Patung tersebut mencetuskan perbahasan dan kritikan, dengan sebahagian individu mempersoalkan tindakan itu.

Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Encik Lee berkata Singapura menentukan hala tujunya sejak ia bebas daripada penjajahan pada 1963 dan menjadi negara yang merdeka dua tahun kemudian.

Singapura tidak mengagungkan atau meraikan sejarah zaman kolonialnya, namun ia mengiktirafnya sebagai fasa sejarahnya yang meninggalkan legasi, di mana negara ini dapat "membangun, menyesuaikan diri dan berubah", kata Encik Lee.

Ia termasuk sistem pentadbiran, undang-undang dan politik, dengan parlimen Singapura mencontohi model Westminster.

RAFFLES DAN WALLICH

Patung gangsa Raffles dan Wallich ditempah oleh alumni Universiti East Anglia (Cawangan Singapura), dan diderma oleh keluarga Encik dan Cik Tan Chee Kow melalui Dana Garden City, sebuah badan derma berdaftar dan Institusi Bertaraf Awam (IPC) yang ditubuhkan Lembaga Taman Negara (NParks).

Ketika memberi jawapan di parlimen, Encik Lee berkata sumbangan Raffles dan Wallich "membina asas bagi penemuan botani dan sains di Singapura dan selainnya".

"Minat Raffles yang mendalam mengenai sejarah alam semula jadi menyebabkannya untuk belajar dan mengumpul spesimen flora dan fauna semasa penerokaannya di Negeri-Negeri Selat.

Wallich juga dikatakan memiliki katalog flora dan fauna yang luas, yang merangkumi lebih daripada 20,000 spesimen. Sebahagian besar daripadanya disimpan di Taman Bunga Singapura."

"Koleksi Raffles dan Wallich menyumbang kepada pengajian bunga tempatan dan rantau ini pada abad ke-18," tambah Encik Lee.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan