Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Patung di pekarangan gereja di Hougang dirosakkan

 Sebuah patung di pekarangan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Hougang didapati "dirosakkan" pada Khamis (12 Nov), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh gereja tersebut pada Jumaat.

Anggaran Waktu Membaca:
Patung di pekarangan gereja di Hougang dirosakkan

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 08:15AM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 08:26AM

SINGAPURA: Sebuah patung di pekarangan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Hougang didapati "dirosakkan" pada Khamis (12 Nov), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh gereja tersebut pada Jumaat.

Menurut gereja itu, patung tersebut dipercayai dirosakkan sekitar pukul 8.30 pagi pada Khamis.

Gereja berkenaan sudahpun melaporkan isu itu kepada pihak berkuasa dan siasatan sedang dijalankan.

"Kami menggesa para penganut dan anggota gereja supaya jangan membuat sebarang spekulasi mahupun menyebarkan sebarang maklumat yang tidak rasmi. Sila periksa laman Facebook gereja untuk mendapatkan perkembangan rasmi," menurut gereja tersebut dalam catatan Facebooknya.

"Kami amat menghargai keprihatinan para penganut dan anggota gereja dan kami akan terus mendoakan satu sama lain."

Mediacorp sudah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan