Patung Alfred Russel Wallace, penolongnya Ali peringati sumbangan kepada sejarah semula jadi S'pura
Ahli biologi yang juga merupakan seorang penjelajah, Alfred Russel Wallace, serta penolongnya Ali sanggup meredah hutan untuk mengumpul spesimen-spesimen ketika menjelajah Singapura dan Nusantara, 200 tahun lalu.

SINGAPURA: Ahli biologi yang juga merupakan seorang penjelajah, Alfred Russel Wallace, serta penolongnya Ali sanggup meredah hutan untuk mengumpul spesimen-spesimen ketika menjelajah Singapura dan Nusantara, 200 tahun lalu.
Untuk memperingati sumbangan mereka kepada sains, patung gangsa mereka didedahkan di Muzium Sejarah Semula Jadi Lee Kong Chian, hari ini (30 Ogos).
Dalam jelajahnya selama lapan tahun, Wallace menemui dua ekozon berbeza yang memisahkan sempadan Indonesia.
Sempadan itu kemudian dikenali sebagai Wallace Line.
Wallace juga mempunyai kaitan yang kuat dengan Singapura.
Di Singapuralah, beliau mengumpulkan sejumlah besar spesimen haiwan dan merakamkan pelbagai fakta menarik tentang sejarah semula jadi pulau ini.
Dengan bantuan Ali, kedua mereka mengumpulkan lebih 125,660 spesimen termasuk serangga, burung, reptilia, mamalia dan cengkerang.
"Kita tidak hanya memperingati 200 tahun Singapura moden, namun kita pergi jauh sehingga 700 tahun, untuk memahami sejarah awal Singapura dan mencerminkan tempat kita di rantau ini.
Ia juga wajar untuk kita memperingati Alfred Russel Wallace dan Ali, yang sudah membuat sumbangan signifikan terhadap penemuan, pemuliharaan, mendokumentasi, dan membantu kita untuk memahami sejarah semula jadi dan biodiversiti rantau ini termasuk Singapura," menurut Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.