Pasukan vaksinasi bergerak COVID-19 ditambah dari tiga kepada 25
Lebih ramai warga emas tidak lama lagi boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di pusat-pusat vaksinasi sementara berdekatan rumah mereka.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai warga emas tidak lama lagi boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di pusat-pusat vaksinasi sementara berdekatan rumah mereka.
Hingga 50 lokasi akan disediakan dengan jumlah Pasukan Vaksinasi Bergerak COVID-19 ditambah daripada tiga sekarang kepada 25, dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ia adalah strategi penting bagi melengkapi usaha vaksinasi sedia ada.
"Saya fikir kita perlu saling melengkapiproses mendapatkan suntikan vaksin dengan stesen-stesen bergerak merata negara, bermula dengan tiga pasukan. Saya fikir ini akan mendekatkan penduduk dengan kemudahan vaksinasi dan ia adalah strategi amat penting. Usaha ketiga yang sedang dijalankan adalah proses vaksinasi di rumah dan bagi warga emas yang sukar bergerak," kata beliau.
Tiga pasukan bergerak sudahpun dikerahkan ke Nee Soon, Ansar dan Telok Blangah.
Pasukan itu akan berada di setiap lokasi selama dua hingga tiga hari sebelum bertandang ke tempat lain.
Warga emas 80 tahun ke atas digalak mendapatkan dos keempat vaksin COVID-19.

Sumber : CNA/ZM/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.