Pasukan SCDF berjaya selamatkan kanak-kanak lelaki dari bangunan runtuh di Turki
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/SCDF
SINGAPURA: Para pegawai daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dari bangunan runtuh di Turki menyusuli gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang meragut nyawa 15,000 orang di Turki dan Syria.
Pasukan seramai 20 anggota itu tiba di Adana pada Rabu (8 Feb) dan bergegas ke Dulkadiroğlu, Kahramanmaraş untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.
Berganding bahu dengan pasukan-pasukan penyelamat tempatan dan juga dari Sepanyol, mereka berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki daripada bangunan setinggi tiga tingkat yang runtuh, sedang suhu mencecah 2 darjah Selsius.
"Pasukan penyelamat dari Sepanyol menggunakan anjing pengesan untuk mengenal pasti lokasi budak lelaki itu dan SCDF kemudian menggunakan skop gentian optik untuk mengesahkan keberadaan budak itu," menurut catatan SCDF di Facebook berhubung operasi selama 3 jam itu.
"Ketiga-tiga pasukan penyelamat menggunakan perkakas masing-masing untuk menarik keluar kanak-kanak itu."
Pasukan pertama SCDF terdiri daripada para pegawai daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART), pakar paramedik dan seorang doktor.
Lagi 48 kakitangan SCDF akan dihantar ke Adana untuk membantu usaha menyelamat.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.