Pasukan S'pura hasilkan bahan implan injap jantung
Sekumpulan pakar dari Singapura menghasilkan bahan implan injap jantung, yang boleh memenuhi keperluan berbeza.
SINGAPURA: Sekumpulan pakar dari Singapura menghasilkan bahan implan injap jantung, yang boleh memenuhi keperluan berbeza.
Ia juga membantu para pesakit yang memerlukan injap jantung pengganti.
Diperbuat daripada tisu pesakit atau haiwan, Injap SingValve direka untuk kelihatan dan berfungsi seperti injap mitral yang terletak di ruang kiri jantung.
Ia lebih fleksibel dan kurang tekanan pada jantung serta tidak memerlukan seperti implan biasa.
Selain itu SingValve juga tidak memerlukan sten yang mungkin menyebabkan jangkitan.
Pasukan NUHS itu dianugerahi hampir S$5 juta oleh Yayasan Kajian Nasional Singapura (NRF) untuk menguji dan mengembangkan lagi SingValve.
Alat itu bakal diuji cuba ke atas manusia dalam masa dua tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.