Pasukan robot S'pura buat penampilan pertama di Ekspo Dunia Dubai
Buat pertama kalinya, Astaka Singapura di Ekspo Dunia Dubai pada minggu depan akan dikendalikan sebuah pasukan robot.
SINGAPURA: Buat pertama kalinya, Astaka Singapura di Ekspo Dunia Dubai pada minggu depan akan dikendalikan sebuah pasukan robot.
Ia merupakan penampilan pertama robot buatan Singapura itu di pentas antarabangsa.
Robot-robot itu direka khas untuk menjaga sehingga 170 jenis pokok - termasuk membantu memeriksa pokok-pokok yang berpenyakit dan menggantikannya, jika perlu.
Teknologi robotik itu juga boleh digunakan dalam kerja-kerja penyenggaraan lain termasuk bagi kapal dan bangunan.
Ia pertama kalinya dibangunkan syarikat pemula Oceania Robotics bagi kerja-kerja penyenggaraan kapal.
Dua daripada robotnya itu sedang menjalani proses uji guna di Limbungan Kapal Keppel sejak Julai tahun lalu.
Robot yang dihasilkan berharga S$500 hingga S$20,000 bagi pasaran pengguna dan perusahaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.