Pasukan Polis Pengawal Pantai S'pura timba pengalaman di Brunei
Para pegawai Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) kini di Brunei bagi latihan 10 hari untuk menguji kemahiran mereka di laut.
SINGAPURA: Para pegawai Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) kini di Brunei bagi latihan 10 hari untuk menguji kemahiran mereka di laut.
Ia juga peluang bagi mereka bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat di Brunei bagi bertukar-tukar amalan terbaik.
Mereka sering bertugas di laut untuk memastikan perairan Singapura kekal bebas jenayah. Namun bagi tujuan itu para anggota PCG juga perlu menjalani latihan di darat.
Anggota PCG belajar kemahiran menjelajah hutan daripada pasukan elit Polis DiRaja Brunei. Mereka, antara lain, diajar cara mengesan tanda-tanda kegiatan manusia yang datang dari laut dan masuk ke hutan.
Sebagai sebahagian program latihan ini, kira-kira 35 anggota PCG belayar sejauh 740 batu nautika dari Singapura ke Brunei selama tiga setengah hari. Ini merupakan kali keempat latihan dua hala seumpamanya dijalankan sejak ia dimulakan pada 2011.
Para pegawai dari kedua-dua buah negara juga mengambil bahagian dalam latihan mencari bersama bagi menguasai semula sebuah kapal yang menghadapi masalah.
Latihan bersama berkenaan juga mengukuhkan hubungan dua hala.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.