Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan PM Wong utamakan ekonomi dan kesannya ke atas rakyat SG susuli GE2025

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan PM Wong utamakan ekonomi dan kesannya ke atas rakyat SG susuli GE2025

PM Lawrence Wong bercakap kepada media di The Treasury pada 4 Mei 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 09 May 2025 10:23PM Dikemas Kini : 09 May 2025 11:03PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata keutamaan pasukannya selepas Pilihan Raya Umum adalah untuk menangani keadaan ekonomi dan kesannya ke atas rakyat Singapura.

Dalam mesej video pertama beliau kepada rakyat sejak kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya pada 3 Mei, beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong sedang meneroka cara-cara untuk meneruskan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat di tengah-tengah tarif.

"Jelas, perniagaan-perniagaan berasa bimbang. Para pekerja dan pemimpin kesatuan berasa gusar. Dan saya tahu para penuntut yang bakal tamat pengajian juga berasa bimbang tentang kemungkinan kesukaran mendapat pekerjaan.

"Oleh sebab itu Pasukan Bertindak Daya Bingkas Ekonomi Singapura, yang dipengerusikan DPM Gan, giat mengadakan mesyuarat untuk membangunkan dan mewujudkan perancangan respons kita sendiri. Mereka akan memberikan butiran lanjut apabila ia apabila siap kelak," kata PM Wong.
PM Wong menambah langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini akan dilaksanakan untuk meringankan kesan segera ke atas pekerjaan dan harga.

Ini termasuk baucar CDC, baucar SG60 dan rebat cukai korporat.

"Keputusan pilihan raya jelas menunjukkan bahawa rakyat Singapura mahukan sebuah pasukan yang menggabungkan pengalaman dengan perspektif baharu untuk membawa negara kita ke hadapan.

"Lantaran itu, saya juga fokus untuk membentuk pasukan yang diperbaharui dan diperkukuh dalam pemerintah untuk memberikan khidmat lebih baik kepada anda dan menjamin masa depan kita pada masa-masa sukar ini," kata PM Wong lagi.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan