Pasukan pimpinan NUS temui jawapan cara sel barah sebabkan penyakit
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu penemuan terbaharu dalam bidang kajian barah.
Sebuah pasukan pengkaji diketuai Universiti Nasional Singapura (NUS) menemui sifat altruisme atau sedia berkorban dalam sel barah.
Ini berlaku apabila sel-sel barah berinteraksi dengan sel-sel lain supaya mampu melawan ubat rawatan, walaupun mengorbankan dirinya.
Kajian selama sepuluh tahun itu cuba mendapatkan jawapan mengapa sebilangan pesakit barah payu dara kembali menghidapinya selepas menamatkan rawatan.
Pasukan penyelidik berkongsi, dapatan itu bertentangan dengan pemahaman umum tentang sel barah, dan ia adalah cara baharu untuk memahami bagaimana sel itu berfungsi dan menyebabkan penyakit.
Kajian lanjut dijangka dapat membantu usaha mengukuhkan lagi kaedah rawatan barah buat masa ini atau menciptakan ubat baharu untuk mengelakkannya daripada berulang.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.